KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan tarikh pelaksanaan tiga inisiatif membabitkan duti eksais dan cukai yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021.
Ia termasuk duti eksais ke atas produk penyediaan pra-campuran yang mengandungi gula yang tinggi melebihi nilai ambang 33.3 gram setiap 100 gram, cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barang dan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (low value goods).
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Selasa, penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan pihak industri terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“Ketiga-tiga inisiatif ini telah disyorkan untuk bermula pada tahun 2023, namun, mengambil kira keperluan pihak industri yang memerlukan tempoh masa secukupnya untuk membuat persediaan terutamanya di kalangan PMKS, terdapat keperluan untuk menetapkan semula tarikh kuat kuasa pengenaan ketiga-tiga duti dan cukai tersebut.
“Hal ini juga dapat memberi ruang kepada pihak industri untuk membuat penyelarasan
ke atas model perniagaan mereka, pelaksanaan latihan dan penyediaan dokumentasi.”
Terdahulu, dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021, kerajaan mengumumkan cadangan untuk melaksanakan tiga inisiatif tersebut bermula 2023.
Menurut MOF, bagi duti eksais untuk produk pra-campuran berkandungan gula yang tinggi, ia merupakan usaha kerajaan dalam menyokong strategi membendung arah aliran peningkatan penyakit diabetes, obesiti dan lain-lain penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang.
Manakala peluasan skop kenaan cukai perkhidmatan untuk meliputi perkhidmatan penghantaran barang yang disediakan oleh syarikat bukan kurier bertujuan untuk memberikan layanan sama rata antara semua penyedia perkhidmatan penghantaran barang.
Sementara peluasan skop kenaan cukai jualan meliputi LVG iaitu barang bernilai RM500 ke bawah yang dijual secara dalam talian oleh peniaga luar negara dan diimport ke Malaysia adalah bagi memberikan layanan yang sama rata antara barangan keluaran tempatan dan barangan yang diimport.
Astro Awani
Tue Mar 21 2023

Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan tarikh pelaksanaan tiga inisiatif membabitkan duti eksais dan cukai yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021. - Gambar hiasan

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.
AWANI Ringkas: JDT gagal ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prestasi S&P 500: Sehingga 12 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.

Belanjawan 2025: Duti eksais minuman bergula dinaikkan secara berfasa
Hasil yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk rawatan diabetes di negara ini serta menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang.

Cecair vape bernikotin dikenakan cukai mulai hari ini
Kerajaan turut mewartakan tampalan, cecair, dan gel nikotin untuk bantu menghentikan tabiat merokok, serta cecair vape dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Kerajaan tangguh tiga duti eksais, cukai yang diumum dalam Bajet 2022
Ia termasuk duti eksais bagi produk penyediaan pra-campuran mengandungi gula tinggi, cukai bagi perkhidmatan penghantaran barang dan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah.

Belum ada keputusan asingkan duti minuman keras daripada Kumpulan Wang Disatukan - Yamani
Pada 2010 sehingga Sept 2021, kerajaan mengutip RM20.11 bilion duti eksais daripada produk minuman keras.

BAT Malaysia alu-alukan langkah kerajaan ke atas produk vape, gesa teliti semula cukai tinggi rokok
Pelaksanaan duti eksais bagi produk cecair nikotin dianggap satu langkah tepat bagi mengurangkan bahaya rokok di Malaysia.

Bajet 2022: Kerajaan cadang kenakan kenakan duti eksais cecair nikotin dalam rokok elektronik, vape
Kerajaan juga bercadang untuk meluaskan kenaan duti eksais terhadap produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran.

Duti eksais rokok elektronik, cecair vape mulai 1 Januari 2021
Pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun.

Belanjawan 2021: Pengeluaran lesen import rokok baharu dibekukan mulai 1 Januari
Kerajaan akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu mulai 1 Januari 2021.

Cukai minuman bergula mampu kurangkan obesiti, penyakit berkaitan - Kementerian Kewangan
Pengenaan cukai ke atas produk minuman bergula diharap dapat mengubah tabiat pengguna untuk memilih minuman kurang manis sekali gus mengurangkan beban kerajaan bagi merawat masalah obesiti.

Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan - MATA
Beliau berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan ke atas rokok, arak dan sebagainya bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah kesihatan.