KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti akta tertentu bagi mempertimbangkan hukuman lebih berat untuk kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ketika ini proses dapatan, maklum balas dan beberapa perkara dalam bidang kuasa atau di bawah Kanun Keseksaan sedang diambil kira sebelum ia dikuatkuasakan.
"Pada masa sama pengalaman di negeri-negeri tentang kecurian kabel atau vandalisme ini akan kita selaraskan respons supaya satu penyelesaian menyeluruh dapat kita usahakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir menonton persembahan Teater Perdana Haji Murat yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, malam tadi.
Fahmi ditanya mengenai perkembangan proses untuk menguatkuasakan hukuman itu yang dilapor akan dicadangkan dalam pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara.
Ditanya mengenai tempoh pelaksanaannya, Fahmi berkata, beliau berharap beberapa perkara dapat diluluskan di peringkat jemaah menteri untuk dibawa ke sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
"Harapan saya bagi sesetengah perkara sekiranya diluluskan di peringkat jemaah menteri mungkin dalam sidang Parlimen ini tetapi jika tidak, dalam sidang yang akan datang," katanya.
Pada 17 Jun lepas, Fahmi dilaporkan berkata, kerajaan sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi untuk membendung aktiviti itu yang semakin berleluasa ketika ini.
Dalam pada itu, Fahmi menyarankan anak muda untuk hadir menonton pementasan teater Haji Murat dan menanam minat berkarya dalam bidang sastera serta teater.
"Saya sangat gembira dapat menyaksikan pementasan teater Haji Murat iaitu satu karya agung seorang sasterawan ulung Leo Tolstoy yang telah diterjemah dan diadaptasi untuk pementasan ini oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan.
"Semestinya saya cukup menyokong bukan hanya kerana saranan Perdana Menteri tetapi pengalaman saya dalam bidang seni dan pementasan teater. Harapan saya, agar ramai anak muda bukan hanya datang menonton tetapi berminat untuk sama ada berkarya dalam bidang sastera mahupun teater nanti," katanya.
Pementasan teater itu berdasarkan dari novella penting dan karya terakhir sasterawan ulung Rusia Tolstoy. Karya berkenaan yang mengangkat tema jihad dan perjuangan bangsa ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 1851, melibatkan pejuang Chechen bernama Haji Murat yang membentuk perikatan dengan Rusia yang pernah ditentangnya, kerana ingin membalas dendam. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024

Menurut Fahmi, ketika ini proses dapatan, maklum balas dan beberapa perkara dalam bidang kuasa atau di bawah Kanun Keseksaan sedang diambil kira sebelum ia dikuatkuasakan. - Gambar Bernama

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Kerajaan teliti akta tertentu bagi hukuman berat kesalahan curi kabel komunikasi - Fahmi
Ketika ini proses dapatan, maklum balas dan beberapa perkara dalam bidang kuasa atau di bawah Kanun Keseksaan sedang diambil kira sebelum dikuatkuasakan.

Kerajaan pertimbang hukuman berat bagi kesalahan curi kabel komunikasi - Fahmi
Kerajaan sedang menimbangkan hukuman yang lebih berat bagi kesalahan berkaitan kegiatan mencuri kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.