KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada perancangan menjual mana-mana hartanah lapangan terbang termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak.
Menangkis spekulasi yang hangat diperkatakan kini, Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan media memaklumkan, hartanah lapangan terbang merupakan aset strategik kerajaan.
"MOF ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini," menurut MOF.
Mengulas lanjut, MOF berkata LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.
"MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut. Setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS," katanya.
Selain itu, MOF turut memaklumkan sebahagian tanah LTSAAS telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun iaitu 2007 hingga 2037, merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.
"Sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah," menurut kenyataan itu.
Justeru, MOF menasihatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini.
"Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak yang berbuat demikian," kata kenyataan berkenaan.
Astro Awani
Fri Jun 25 2021
Menurut Kementerian Kewangan, MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini. - Foto subangskypark.com
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Tiada kejadian pesawat terhempas di Subang, hanya simulasi kecemasan - Polis
Polis menafikan berlakunya insiden sebuah pesawat Boeing 737 membawa 77 penumpang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi.
Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.
Berjaya Langkawi Resort perkenal pakej penerbangan 'carter' persendirian
Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya.
Pesawat terhempas di Klang: Apa yang anda perlu tahu
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bagi tujuan penerbangan rekreasi.
Dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat terhempas di Klang
CAAM mengesahkan termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda di Kapar, Klang.
Pesawat gagal mendarat tiga kali, Noraini kongsi pengalaman menakutkan
Insiden itu berlaku di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan ketika beliau mahu menghadiri program RISDA di sana.
TUDM sahkan pesawat Beechcraft B 200T lakukan pendaratan cemas di Subang
Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik TUDM melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Helikopter dalam ujian penerbangan terhempas di Subang
Tujuh penumpang termasuk juruterbang terselamat dan berada dalam keadaan stabil.
Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS
Hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.
Kelulusan kerajaan penting bangunkan lapangan terbang Subang - MAHB
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.