Kerajaan tidak akan mendedahkan status mereka yang menyumbang kepada Tabung Harapan, satu inisiatif yang diwujudkan sewaktu era pentadbiran Pakatan Harapan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, ia kerana, identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Selain itu, menurut beliau, kesemua penyumbang Tabung Harapan juga boleh memohon pengecualian cukai seperti mana yang pernah dinyatakan sebelum ini.
“Saya ingin maklumkan di sini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan BAFIA, segala maklumat dan rekod penyumbang Tabung Harapan tak dapat dihebahkan.
“Berkaitan dengan isu cukai yang dibangkitkan, saya ingin maklumkan, semua penyumbang yang menyumbang kepada Tabung Harapan, boleh pohon pengecualian cukai, dan itu terpulang kepada mereka,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status terkini berhubung tabung berkenaan.
BACA: Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
BACA: 101 Projek: Tun M minta Tengku Zafrul dedahkan siapa yang dapat 'nikmat istimewa'
Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Bahru) pula ingin mengetahui sama ada Kementerian Kewangan sedia mendedahkan status syarikat-syarikat yang dikatakan menerima 101 projek secara rundingan terus sewaktu era Pakatan Harapan.
Menjawab soalan itu, Abdul Rahim berkata, ia sedikit lari dari tajuk asal iaitu mengenai status Tabung Harapan, tetapi menegaskan masalah rundingan terus merupakan sesuatu yang dijanjikan Pakatan Harapan.
“Pada pandangan saya, rundingan terus itu tidak ada kesalahan, dan ia adalah sesuatu yang memang dibenarkan dalam kaedah perolehan kita.
"Cumanya, Pakatan Harapan telah masukkan dalam manifesto untuk pastikan tak ada rundingan terus lagi, tetapi mereka melakukan sebaliknya,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Aug 26 2020

ABDUL RAHIM: Semua penyumbang Tabung Harapan boleh memohon pengecualian cukai. - Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

SPRM belum buka kertas siasatan berkaitan 101 projek rundingan terus - Azam
Pihak SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.

Projek rundingan terus bercanggah manifesto PH - Annuar Musa
Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas sebagai isu atau masalah.

Dua projek rundingan terus KPKT di luar pengetahuan menteri - Zuraida
Zuraida memberi jaminan KPKT akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Henti politik isu 101 Projek : Saya hanya menjawab soalan - Zafrul
Beliau selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahmad Maslan.

Wujud sebahagian daripada 101 projek rundingan terus di KKR - Fadillah Yusof
Fadillah berkata pihaknya masih belum mendapat anggaran sebenar jumlah kos projek berkenaan dan masih lagi menyemak butiran lanjut mengenainya.

Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Kata Guan Eng, atas faktor keselamatan, kerajaan perlu memberi projek secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat tertentu.