KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membenarkan al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi atau bahasa-bahasa lain selain bahasa bahasa Arab di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu jelas dinyatakan di dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986)(Akta 326).
"Al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa Arab sahaja di negara ini, ini jelas kementerian tekankan.
"KDN juga merujuk keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian dalam al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Qur'an (Pindaan) 2023 yang kemudiannya diluluskan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Selain itu, katanya setiap syarikat yang dibenarkan mendapat lesen percetakan al-Quran mesti memenuhi garis panduan lesen permohonan percetakan teks al-Quran di bawah APTQ 1986 selain perlu mempunyai dua orang pakar perunding yang mempunyai kelulusan tafsir al-Quran bagi mengelakkan kesalahan semasa penerbitan.
Sementara itu menyentuh tentang aplikasi al-Quran digital yang banyak terdapat dalam Google Play Store dan Apple App Store seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dalam sesi perbahasan, beliau berkata kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan aplikasi Smart Quran sebagai alternatif bagi penggunaan digital.
Katanya aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama KDN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Beliau berkata aplikasi itu telah melalui proses semakan oleh Lembaga Lajnah Tashih al-Quran serta diperakukan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).
"Berdasarkan semakan KDN terdapat banyak aplikasi al Quran digital dalam Google Play Store dan Apple Apps Store. Semakan mendapati sebahagian menggunakan penulisan Rasm Uthmani yang diguna pakai di negara ini, manakala sebahagian lagi menggunakan rasm lain.
"Aplikasi Smart Quran turut menggunakan terjemahan daripada tafsiran pimpinan Ar Rahman, manakala bacaan qari dengan kebenaran bertulis daripada Mujamma' Malik Fahd di Arab Saudi," katanya.
Sementara itu Shamsul Anuar berkata daripada jumlah satu juta cetakan dan pengedaran al-Quran yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Jan lepas, 25,000 naskhah telah dicetak, manakala 40,000 naskah lagi kini dalam proses percetakan yang terdiri daripada tafsir dalam bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan bahasa Nigeria.
"Setakat ini al-Quran yang dicetak telah diagihkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara antaranya ke Kemboja pada 27 Mac lepas dengan sebanyak 1,500 naskhah diedarkan dan agihan selebihnya akan diselaraskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui saluran yang ditentukan," katanya.
Selain itu, katanya KDN pada masa kini juga sudah memulakan inisiatif untuk menjaga al-Quran tulisan Braille bagi memastikan ia mengikut tulisan Rasm Uthmani.
Beliau berkata bagi tujuan itu kementerian juga membentuk membentuk Lajnah Tashih al-Quran Braille bagi meneliti keseluruhan kandungan supaya ia menepati kandungan al-Quran diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Shamsul Anuar berkata perkara itu jelas dinyatakan di dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986)(Akta 326). - Gambar fail/Bernama

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan - Saifuddin Nasution
Lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Dua pemilik kedai perabot miliki bingkai gambar ada kesalahan ayat al-Quran didenda
Dua pemilik kedai perabot masing-masing didenda RM1,500 selepas mengaku bersalah memiliki bingkai gambar mengandungi kesalahan ayat al-Quran.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.

PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.