KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada 1998, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata pada masa ini ia dilihat bukan penyelesaian yang tepat, berikutan ekonomi dan sistem kewangan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi turun naik pasaran kewangan global dan pergerakan kadar pertukaran.
"Keduanya, Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetari dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit.
"Contohnya, jika ringgit ditambat dengan dolar Amerika Syarikat (AS), kita perlu menaikkan kadar faedah selari dengan kadar faedah di AS dan tindakan ini akan memberi tekanan kepada kos pembiayaan yang lebih tinggi kepada rakyat," katanya ketika menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau bertanya sama ada kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) bercadang untuk menambat nilai ringgit pada satu-satu nilai seperti yang dilakukan pada 1999 memandangkan kadar ringgit pada ketika ini rendah berbanding dolar AS.
Sim berkata selain itu, bagi mengekalkan tambatan, negara akan memerlukan rizab antarabangsa yang besar.
"Jika tidak, kita terpaksa memperkenalkan kembali langkah kawalan modal untuk mencegah dan mengatasi tekanan spekulatif terhadap ringgit.
"Sekiranya langkah kawalan modal ini diperkenalkan sekarang, kesan negatifnya terhadap keyakinan pelabur akan melibatkan kos yang sangat tinggi dan boleh menjejaskan aliran modal kerana Malaysia mempunyai pasaran modal yang jauh lebih besar pada hari ini berbanding 1998," katanya.
Oleh yang demikian, sebagai bank pusat yang bertanggungjawab terhadap kestabilan pasaran kewangan dan mata wang, BNM akan memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur supaya tidak volatile bagi menangani risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar AS, katanya.
"Kerajaan melalui BNM akan terus mengurus risiko daripada perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang lebih teratur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023

Kerajaan tidak bercadang melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada 1998. -Gambar fail/Reuters
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4230/4270 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4270/4320 pada Rabu.

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar AS dalam sesi awal
Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS susulan peningkatan minat risiko global
Pada 6 petang, unit tempatan mencatatkan peningkatan ketara kepada 4.4270/4320 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada Selasa.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang minit mesyuarat Fed
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4410/4450 daripada 4.4440/4480 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.4200/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 ketika ditutup pada Selasa.