PASIR MAS: Kerajaan tidak pernah meminggirkan agenda Islam khususnya pendidikan Islam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata rakyat di negara ini tidak perlu mendengar tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu menyatakan Kerajaan Perpaduan ketika ini meminggirkan agenda Islam dan Melayu di Malaysia.
"Jika ada tuduhan menyatakan kerajaan ini telah menyingkirkan agenda Islam, saya ingin menyatakan dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntukkan untuk pembangunan hal ehwal Islam dan peruntukan itu telah naik kepada RM1.9 bilion pada tahun ini. Apakah makna ini Islam terancam?
"Saya yakin sebagai saksi hidup ada rancangan untuk menambahkan pendidikan Islam kepada Maahad Tahfiz, Pra-Tahfiz KEMAS, guru KAFA dan lain-lain lagi," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pejabat Pencen Dan Balai Lu'Lu Pasir Mas di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan memberi sokongan terhadap agenda Islam dan Melayu ketika ini.
"Jangan dengar cakap-cakap pihak tertentu terutamanya pada PRK (Pilihan Raya Kecil) di Sungai Bakap dan PRK Nenggiri yang menyatakan kita (kerajaan) mahu pinggir agenda Islam, sebaiknya lihat pada fakta yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini," katanya.
Sementara itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan dana sebanyak RM50,000, manakala FELCRA turut menyediakan RM50,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan.
Ahmad Zahid berkata kesemua peruntukan berkenaan berjumlah RM100,000 akan disalurkan dalam tempoh terdekat.
"Sebanyak RM50,000 daripada FELCRA adalah untuk zakat, manakala RM50,000 ialah dana daripada kementerian saya untuk persatuan ini.
"Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan pesara kerajaan terutamanya golongan para pendidik," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada majlis Pelancaran Perayaan 30 Tahun Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan di Pasir Mas hari ini.- Foto Bernama
Festival Musim Bunga: Wuhan antara lokasi sambutan
Sebagai bandar persimpangan utama di tengah China, gala itu mempamerkan daya tarikan Wuhan dengan pemandangan kehidupan malam yang sibuk dan meriah di sepanjang Sungai Yangtze.
Deepseek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Kejayaan DeepSeek mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi kerana ia beroperasi dengan hanya sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
India umum kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berkata kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada 6.23 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.
Empat penumpang pesawat Air Busan alami kecederaan
Empat penumpang dilaporkan cedera selepas ekor pesawat Air Busan dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada Selasa.
Pihak berkuasa India tingkat kawalan keselamatan
Tiada pengumuman rasmi mengenai kematian daripada kerajaan tempatan, lebih daripada dua belas jam selepas rempuhan itu.
Rakyat Syria Mulai Pulang Biarpun Kos Tinggi
Lebih 200,000 pelarian Syria kini mulai pulang ke rumah mereka setelah bertahun-tahun berlindung di kem pelarian.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pembangunan sejagat: Integrasikan pembangunan ekonomi dan manusiawi
Penilaian terhadap sesebuah negara bukan saja terletak pada kemajuan ekonomi tetapi juga falsafah, jati diri dan ketamadunan.
Malaysia, Thailand teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
Jawatankuasa penyelarasan bantu bangun Gaza akan dibentuk
Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
Sambutan Tahun Baharu Cina lebih meriah, hasil hubungan erat Malaysia-China - Ahmad Zahid
Persembahan formasi lebih 1,000 dron dari China menyinari langit di sekitar Menara Berkembar KLCC mencerminkan hubungan kukuh antara Malaysia dan China.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
Ahmad Zahid ajak umat Islam doakan kesejahteraan ummah sempena Israk Mikraj
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan kesejahteraan ummah dan kemajuan negara sempena sambutan Israk dan Mikraj 1446H.
Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Cadangan tubuh pasukan jenayah siber mirip Interpol perkuat usaha banteras cetak rompak
Penubuhan pasukan jenayah siber mirip Interpol bagi memperkuat kerjasama di peringkat serantau dilihat dapat membantu usaha membanteras jenayah cetak rompak digital.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.