Seorang bekas wartawan New Straits Times (NST) Melaka maut selepas kenderaan dipandu isterinya terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Ayer Keroh berhampiran Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar 3.10 pagi tadi itu, mangsa Jason Gerald John, 44, maut di tempat kejadian manakala isterinya D S Krisa, 37, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, siasatan awal polis mendapati bahawa kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menghala ke Melaka.
“Dipercayai sampai di lokasi kemalangan, kereta jenis Proton Persona itu telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.
“Kereta itu dipandu isteri mangsa manakala mangsa yang maut duduk di bahagian penumpang hadapan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kes tersebut disiasat dibawah seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh yang diketuai PBK II Zainudin Bin Abdullah terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa setelah menerima aduan mengenai kejadian itu.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jun 21 2019

Dalam kejadian sekitar 3.10 pagi tadi itu, mangsa Jason Gerald John, 44, maut di tempat kejadian manakala isterinya D S Krisa, 37, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka. - Foto Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Kereta terbabas langgar pokok, bekas wartawan maut dalam kemalangan
Bekas Wartawan New Straits Times (NST) Melaka maut selepas kenderaan dipandu isterinya terbabas dalam kejadian di Lebuh Raya Ayer Keroh.

Pekerja kilang maut tersepit mesin proses sarung tangan
Polis tidak menolak kemungkinan baju dipakai mangsa tersepit pada mesin berkenaan menyebabkan insiden itu tercetus.