BANDAR BAHARU: Hanya dua mayat ditemui di dalam kereta Proton Persona yang terjunam ke dalam Tasik Lake Resort Serdang, malam tadi.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Bandar Baharu, Mohd Hafiz Suhaimi, selepas kereta berjaya dinaikkan ke tebing tasik, pihaknya hanya menemui dua mangsa di dalam kenderaan terbabit bukannya tiga seperti yang maklumat yang diterima sebelum itu.
Beliau berkata, hasil selaman yang dilakukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) mendapati hanya dua mangsa ditemui terperangkap dalam kereta berkenaan.
"Setelah ketibaan PPDA, kita membuat selaman dan menjumpai dua mangsa iaitu seorang wanita dewasa dan seorang wanita warga emas.
"Setelah perbincangan dengan polis dan bukti-bukti daripada mangsa yang saksi yang melihat kejadian, memang didapati hanya ada dua mangsa yang terlibat dalam kenderaan tersebut dan kita berjaya keluarkan pada jam 8.59 malam.
"Jarak dari tebing kenderaan terjunam lebih kurang 10 meter, manakala kedalaman lebih kurang 5 meter," kata Mohd Hafiz.
Identiti kedua-dua mangsa disahkan sebagai Nor Aiza Hashim, 28, dan ibunya, Hasmah Mat Isa, 68.
Kedua-dua mangsa ditemukan di tempat duduk bahagian belakang dipercayai terperangkap selepas pintu gagal dibuka dari dalam.
Mohd Hafiz memaklumkan ketika kejadian Nor Aiza berada di luar kenderaan. Bagaimanapun, secara tiba-tiba kenderaan yang dipakir itu meluncur lalu masuk ke dalam tasik.
Nor Aiza terjun ke dalam tasik cuba menyelamatkan ibunya yang berada di dalam kereta, namun dia juga terperangkap.
Ketika itu empat orang awam cuba membantu menyelamatkan dua beranak berkenaan, namun gagal.
Mohd Hafiz berkata, kereta Proton Persona itu berjaya dinaikkan pada jam 11.02 malam dan mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 21 2021

Kereta Proton Persona yang terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang dalam kejadian jam 6.24 petang Ahad berjaya dibawa keluar. -Astro AWANI

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kereta terjunam ke tasik: Hanya dua mayat dalam kereta - Polis
Selepas kereta berjaya dinaikkan ke tebing tasik, pihaknya hanya menemui dua mangsa di dalam kenderaan terbabit bukannya tiga sepertimana maklumat yang diterima sebelum ini.