KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan sisa pascabanjir di enam negeri telah mencapai keseluruhan 98.17 peratus siap di bawah fasa pertama dan 100 peratus untuk fasa kedua melibatkan hanya dua negeri (Negeri Sembilan dan Melaka) setakat semalam.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 438 tan sisa banjir telah dibersihkan pada kedua-dua fasa pembersihan dengan menggunakan 112 jentera dan 354 pekerja.
"Fasa pertama kerja pembersihan pascabanjir di Johor telah mencapai 90 peratus dengan kawasan tumpuan pembersihan di daerah Segamat dan Muar, manakala di Pahang, kerja pembersihan kekal pada 99 peratus kerana berdasarkan rondaan hari ini masih terdapat sisa baharu dikeluarkan dari kawasan perumahan.
Sementara itu, menurut laporan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), terdapat pertambahan empat kejadian tanah runtuh telah direkodkan iaitu masing-masing dua di Sabah dan Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang monsun timur laut (MTL) 2021/2022 adalah sebanyak 280.
Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 61.7 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) terkesan dalam gelombang pertama dan 52.3 peratus terkesan dalam gelombang kedua, telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) membabitkan peruntukan sebanyak RM64,833,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022

Kerja-kerja pembersihan sisa pascabanjir di enam negeri telah mencapai keseluruhan 98.17 peratus siap di bawah fasa pertama dan 100 peratus untuk fasa kedua melibatkan hanya dua negeri setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.

Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.

90,000kg sisa banjir dikutip di Kota Tinggi
Operasi itu melibatkan 130 anggota SWM Environment Kota Tinggi, Iskandar Puteri dan Pasir Gudang dengan menggunakan 22 jentera seperti lori 'roll on roll off' dan jentolak.

Krisis dadah: Ketua Polis Fillipina letak jawatan bagi memulakan 'pembersihan'
Ketua Polis Filipina menyerahkan surat peletakan jawatan secara ihsan pada Khamis bagi memulakan "pembersihan" dalam pasukan polis.

Kerja pembersihan pascabanjir capai 98.17 peratus siap - NADMA
Sebanyak 438 tan sisa banjir telah dibersihkan pada kedua-dua fasa pembersihan dengan menggunakan 112 jentera dan 354 pekerja.

MBI laksana projek tingkat kualiti Sungai Kinta
Kerja-kerja pembersihan Sungai Kinta itu juga sebagai usaha memastikan keselesaan pengunjung di Kinta Riverwalk

Pascabanjir: Fasa pertama pembersihan di Selangor selesai 14 Januari
Fasa kedua itu akan turut membabitkan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur pascabanjir.

MBSA sasar semua sampah sisa banjir dikeluarkan Ahad ini
Proses pembersihan 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran MBSA kini mencapai 80 peratus.

Pascabanjir: Pembersihan sampah di Selangor dijangka boleh tamat hujung minggu ini - SWCorp
Sejak operasi digerakkan pada 21 Disember lalu bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor, sebanyak 700 tan sisa pukal banjir telah dipungut sehari.

Pascabanjir: Terengganu sedia hulur bantuan kepada negeri terjejas
Sumbangan berbentuk barangan keperluan termasuk pek keceriaan untuk kanak-kanak turut disalurkan.

SWCORP komited teruskan usaha pembersihan di kawasan terjejas banjir
Usaha yang disertai konsesi pembersihan Alam Flora itu bermula Khamis lepas dan berjaya membersihkan 400 tan sampah di kawasan Hulu Langat.