Bernama dan RTM diarah menyerahkan kertas kerja cadangan penggabungan kedua-dua organisasi itu menjelang hujung bulan ini, sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Menyifatkan penggabungan itu agak 'kompleks', beliau bagaimanapun menjamin semua aspek penting antaranya jumlah pekerja, kos dan saluran berita akan diteliti sepenuhnya sebelum apa jua keputusan dibuat.
"Misal kata kalau kita ada gabungan, siapa bertanggungjawab kumpul maklumat dari segi berita, siapa bertanggungjawab dari segi siapkan proses siaran berita,
"Ia juga melibatkan soal kita ada lebihan tenaga kerja...satu perkara penting untuk saya," katanya selepas selesai lawatan kerja ke tapak pembangunan Media City, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Abdul Muis Sheffi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.
Gobind turut menjelaskan setakat cadangan penggabungan diumum hujung bulan lepas, beberapa siri perbincangan mengenainya telah dilaksanakan, dengan kedua-dua entiti media di bawah pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu menyuarakan banyak cadangan yang baik.
Beliau percaya gabungan yang dianggap akan membentuk sebuah 'Dapur Media' itu, akan dapat membiayai lebih banyak pelaburan untuk kandungan siaran, dengan lebihan dana hasil penjimatan kos pengurusan.
Terdahulu, beliau yang diberi taklimat mengenai status pembinaan Media City, berkata bahawa fasa pertama daripada tiga fasa, melibatkan pengubahsuaian pada bangunan sedia ada dijangka siap sepenuhnya September ini.
Bagi fasa kedua melibatkan kerja-kerja sama seperti fasa pertama, katanya dijangka siap pada Jun tahun depan dan fasa ketiga melibatkan urusan membina dan melengkapkan kemudahan baharu pula dijangka siap pada Jun 2020.
"Saya dimaklumkan kos sedia ada cukup untuk tampung pembinaan dan saya juga dimaklumkan mereka lebih awal dari jadual," katanya.
Media City yang dicadang kerajaan pada 2009, dibina di atas tanah seluas 27.11 hektar di Angkasapuri dan menelan belanja RM860 juta.
Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan berkata projek Media City bakal dilengkapi infrastruktur moden seiring dengan perubahan teknologi semasa ke arah rangkaian TV digital yang komprehensif.
Menurut kenyataan itu, melalui projek berkenaan Malaysia mampu mencapai piawaian antarabangsa seperti Bandar Media di Dubai, Sydney, Singapura dan Manchester.
"Projek yang mengambil konsep dan idea daripada Bandar Media, United Kingdom ini bertujuan menaik taraf dua saluran transmisi analog sedia ada kepada 10 saluran HD," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, projek Media City terdiri daripada tiga komponen utama iaitu kerja-kerja pengubahsuaian pada bangunan sedia ada serta mereka bentuk, membekal dan memasang sistem penyiaran.
Sementara komponen ketiga, menurut kenyataan itu adalah mereka bentuk, membina dan melengkapkan kemudahan baharu.
"Kemajuan kerja bagi fasa pertama telah mencapai 91 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya pada 11 Sept 2018 manakala bagi fasa kedua pula, status kemajuan kerja adalah 17 peratus seperti yang dirancang dan dijangka siap sepenuhnya pada 11 Jun 2019.
"Status kemajuan kerja bagi mereka bentuk, membina, melengkap, mentauliah dan menyelenggara kerja-kerja infrastruktur, bangunan dan peralatan Media City adalah 25 peratus seperti yang disasarkan dan dijangka selesai sepenuhnya pada 11 Jun 2020," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Media City dijangka menjadi pemangkin untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur penyiaran kebangsaan dan adalah sebahagian daripada rancangan kementerian dalam memastikan infrastruktur teknologi penyiaran digital di negara ini mencapai taraf antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
![Kertas kerja gabungan Bernama, RTM diserah sebelum hujung bulan Kertas kerja gabungan Bernama, RTM diserah sebelum hujung bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531379434_Bernama.jpg)
Cadangan kerjasama antara Bernama menerusi Bernama News Channel dengan RTM, selain sebagai langkah penjimatan kos oleh kerajaan, turut dilihat dapat meningkatkan produktiviti dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat. - BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723703465_TBperkeso.jpg)
Bernama, Perkeso meterai MoU, manfaat 493 pengamal media sambilan
Bernama dan Perkeso menandatangani MoU bagi memperluas perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringers) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
![Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702560560_TBYongSooHeong.jpg)
Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong dilantik Presiden MPI
Bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong dilantik sebagai Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI).
![Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697317861_AbdulRahman.jpg)
Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara
Rakan seperjuangan sifatkan Allahyarham Roger seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.
![Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691234049_TBFahmi.jpg)
Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu
Bernama, RTM dan JaPen perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu.
![Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622115002_genericwartawan.jpg)
Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.
![Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651983681_mohamadnasiryusoff.jpg)
Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia
Arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di klia2.
![Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622114786_Ehsan.jpg)
Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.
![Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81619968736_BernamaLogo.jpg)
Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.
![Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616860843_TBPUTERIUMNOx.jpg)
Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar.
![Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613233674_RasAdiba.jpg)
Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.