KUALA LUMPUR: Kertas Putih Kesihatan adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia untuk diteruskan sekiranya diterima, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata antara teras strategik kertas putih itu adalah memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan iaitu tumpuan khusus diberikan kepada pembangunan skim insurans kesihatan nasional.
"Sekiranya mandat diperoleh melalui kelulusan Kertas Putih Kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil langkah seterusnya dengan menjalankan kerja-kerja asas yang diperlukan dalam pembangunan skim insurans kesihatan nasional seperti pengiraan kadar caruman yang bersesuaian, pembangunan pakej manfaat kesihatan dan penentuan mekanisme pembayaran pembekal perkhidmatan kesihatan.
"Justeru saya menyeru semua ahli Parlimen di dewan mulia ini untuk memahami dan menyokong Kertas Putih Kesihatan yang disasarkan untuk saya bentang di Parlimen bulan Jun ini," katanya ketika menjawab soalan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan skim insurans kesihatan kebangsaan.
Dr Zaliha berkata ketika ini KKM sedang meneruskan aktiviti libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan lebih ramai memahami serta memberi input dalam pembangunan Kertas Putih Kesihatan yang lebih mantap.
Menjawab soalan tambahan Zulkafperi mengenai status Kertas Putih Kesihatan itu, beliau berkata KKM sedang melakukan beberapa sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan akan melakukan sesi townhall kepada petugas kesihatan bagi memastikan mereka memahami kandungan kertas putih itu.
"Dasar yang kita gunakan untuk bangunkan kertas putih ini adalah satu dasar yang komprehensif yang kita akan cuba bangunkannya dalam masa 15 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Dr Zaliha berkata antara teras strategik kertas putih itu adalah memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan. - Foto BERNAMA

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar
Reformasi berkenaan akan membolehkan KKM menumpukan kepada aspek lain berkaitan kesihatan penduduk.

Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM
Perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.

Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy
Cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.