MELAKA: Kertas siasatan berhubung penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kertas siasatan itu dijangka diselesaikan dalam minggu ini sejurus kesemua saksi dipanggil untuk memberi keterangan.
“Untuk itu kita dah hampir lengkap (kertas siasatan), kita masih memanggil saksi yang ada dan selesai sahaja nanti, mungkin agaknya rasanya dalam minggu ini selesai, kita akan beri kepada TPR dan tunggu keputusan pihak mereka,” katanya.
Razali berkata demikian selepas meninjau pematuhan SOP penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang diperketatkan bermula hari ini di sebuah pasaraya di Taman Lagenda, di sini pada selasa.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, polis telah memanggil vokalis kumpulan Wings itu selepas sedutan sebuah rakaman klip video berdurasi 42 saat memaparkan beliau bersama beberapa individu sedang menyanyi di majlis berbuka puasa di sebuah hotel di sini.
Dalam rakaman itu, jelas menunjukkan artis berkenaan bersama sejumlah peminatnya mengabaikan mematuhi SOP, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.
Sedutan rakaman itu tular di media sosial dan menyebabkan laporan polis dibuat ke atas Awie.
Sementara itu, pada Isnin, polis Melaka, kata Razali, telah membuka lima kertas siasatan melibatkan golongan selebriti dan orang kenamaan.
Tegas beliau, siasatan secara menyeluruh berhubung pelanggaran sop dilakukan tanpa mengira kedudukan mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Tindakan itu, tegas beliau, sekali gus menepis dakwaan wujudnya 'double standard' atau pilih kasih dalam penguatkuasaan pasukan polis.
Shuhada Abdul Kadir
Tue May 25 2021

Senior Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kertas siasatan berhubung kes Awie langgar SOP dijangka diselesaikan dalam minggu ini sejurus kesemua saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.

Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.

'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.

Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.

PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.

'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.

Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.

Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.

Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.

Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.