JOHOR BAHRU: Kertas siasatan berhubung kes dakwaan gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain sudah lengkap.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kertas siasatan itu kini dirujuk ke bahagian perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kertas siasatan telah kita majukan untuk bahagian perundangan untuk mereka meneliti buat kajian, hasil kajian yang kita jalankan. Kita masih menunggu keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Rabu.
Kamarul Zaman berkata, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada bahagian perundangan itu.
BACA: Dakwaan gangguan seksual: ADUN Sedili, beberapa individu diambil keterangan - Ketua Polis Johor
Seramai 11 individu dipanggil termasuk Rasman dan wanita yang membuat laporan polis berkenaan.
Laporan polis itu dibuat wanita berusia 26 tahun terbabit di Balai Polis Kota Tinggi, pada 17 Januari lalu.
Bagaimanapun, ADUN terbabit menerusi kenyataan baru-baru ini menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia adalah satu fitnah, konspirasi politik serta cubaan untuk menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli politik.
Astro Awani
Wed Jan 26 2022

Kamarul Zaman berkata, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada bahagian perundangan. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Pensyarah UM yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual, telah diambil tindakan tahan kerja.

Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.

Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis - KPT
KPT memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut UM baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.

Alumni dakwa seorang daripada lima penuntut UM pernah alami gangguan seksual
Setiap seorang penuntut daripada lima penuntut UM pernah mengalami gangguan seksual, dakwa Alumni Pengajian Gender.

Gangguan seksual: UMFC dakwa pelaku berpengaruh, 'kebal' daripada tindakan
Menurut kenyataan UMFC, walaupun telah membuat laporan berhubung kejadian kepada pihak pengurusan universiti, namun pelaku berkenaan seolah 'kebal daripada sebarang tindakan'.