Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes letupan bunga api sempena sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran di sini kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad ketika duhubungi berkata, selain keterangan mangsa letupan bunga api tersebut, kertas siasatan turut mengandungi keterangan daripada beberapa pihak lain termasuk pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).
"Kertas siasatan mengenai kejadian tersebut telah pun dilengkapkan dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dan kini polis hanya menunggu keputusan timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.
"Lima lelaki yang direman sebelum ini termasuk empat pegawai MPK berumur 30 hingga 40 tahun juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis Ahad lepas," katanya.
Dalam insiden 12.05 tengah malam pada 1 Jan lepas, 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.
Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis sehingga 1 Jan di kompleks berkenaan.
Pihak polis mengesahkan pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh penganjur.
--BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017

Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes letupan bunga api sempena sambutan tahun baharu di Klang kepada DPP. - Gambar Facebook Amirul Hafiz Hamid
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jenazah Ishsam selesai dibedah siasat, punca kematian serangan sakit jantung
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin selesai dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.
Kerajaan Pulau Pinang zahir ucapan takziah buat keluarga ADUN Ayer Kuning
Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu.
ADUN Ayer Kuning meninggal dunia serangan jantung - Polis
Polis Pulau Pinang mengesahkan punca kematian ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia semasa menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, George Town pada Sabtu disebabkan serangan jantung.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 6 Mei ini.

PDRM umum pertukaran 45 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 45 pegawai kanannya yang berkuat kuasa 25 Mac ini.

Kertas siasatan letupan bunga api diserah pada DPP - OCPD
Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes letupan bunga api sempena sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran di sini kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Lelaki disyaki tokan dadah ditemui mati tertiarap di Bandar Puteri Klang
Mayat seorang lelaki disyaki tokan dadah ditemui tertiarap di lorong belakang deretan kedai Bandar Puteri Klang di sini pagi tadi.