KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Topik mengenai kewujudan sekolah vernakular di negara kita memang tajuk yang sentiasa dibahaskan sudah berpuluh tahun. Ada pandangan pro, ada pandangan kontra, ada kelebihan dan ada kekurangan... kalau kita nak tengok.. satu kekuatan di sana, misalnya trend ketika ini ramai pelajar-pelajar Melayu memilih untuk belajar di sekolah vernakular.
"Itu pun satu fakta juga... ketika kritik terhadapnya (sekolah vernakular) ada, ada juga dalam jumlah yang besar memilih (untuk bersekolah di sekolah vernakular)," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Teo sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan menerusi satu rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.
Susulan itu Teresa Kok (DAP-Seputeh) ketika perbahasan menggesa pihak polis menyiasat Teo berhubung perkara itu selain mempersoalkan mengapa beliau tidak disiasat, dengan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin-pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang dan Tony Pua.
Sementara itu Saifuddin Nasution berkata kertas inkuiri terhadap Lim telah pun dihantar kepada Peguam Negara manakala kertas siasatan berkaitan laporan terhadap Pua akan diserahkan kepada Peguam Negara esok (12 Mac).
Sementara itu beliau turut mengesahkan 63 laporan polis diterima berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Husin yang didakwa menghina Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg melalui aplikasi YouTube.
"Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian ataupun perkhidmatan rangkaian. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
Berkenaan status semasa kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemukan mati pada 16 Julai 2009, Saifuddin Nasution berkata ia kini di peringkat Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak atas arahan Jabatan Peguam Negara telah pun membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah), dan setelah siasatan selesai, pihak polis telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara pada 11 Ogos 2023," katanya.
Beliau berkata PDRM perlu menunggu arahan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya sekiranya ada beberapa perkara yang harus dilaksanakan.
"..seperti (contohnya) kertas siasatan tidak sempurna atau perlu lagi aspek siasatan untuk dilengkapkan. Pihak polis sedia memberi kerjasama," kata Saifuddin Nasution.
Teoh ditemukan mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Mendiang adalah setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
![Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution Kertas siasatan terhadap Teo Kok Seong dibuka - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710166630_SaifuddinNasution.jpg)
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Foto BERNAMA
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Chong masih belum terima surat jawapan DAP berhubung debat Chong masih belum terima surat jawapan DAP berhubung debat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81486374225_ChongSinWoon.jpg)
Chong masih belum terima surat jawapan DAP berhubung debat
Datuk Chong Sin Woon masih belum menerima kata putus dari Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Teo Kok Seong berhubung sesi debat.
![DAP jangan angkuh, semua tahu hudud memang agenda utama PAS - Penganalisis DAP jangan angkuh, semua tahu hudud memang agenda utama PAS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71426319927_295x200.jpg)
DAP jangan angkuh, semua tahu hudud memang agenda utama PAS - Penganalisis
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dinasihat tidak terlalu angkuh dengan kenyataan parti itu yang menolak pelaksanaan hudud dan selain meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
![Dua aktivis #KitaLawan dan Ketua Pemuda DAP direman polis Dua aktivis #KitaLawan dan Ketua Pemuda DAP direman polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/41425126476_295x200.jpg)
Dua aktivis #KitaLawan dan Ketua Pemuda DAP direman polis
Bagaimanapaun, majistret membuat keputusan untuk hanya mereman Teo Kok Seong selama sehari sementara Adam dan Mandeep selama tiga hari.