KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani lima keping cek bernilai RM22.6 juta yang merupakan dana haram yang didakwa diperoleh daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang oleh 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL), anak syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, 47, berkata analisis "First In, First Out" (FIFO) ke atas akaun peribadi bekas perdana menteri itu mendapati lima transaksi berkenaan melibatkan penggunaan wang haram 1MDB GIL.
Beliau berkata kaedah siasatan FIFO digunakan bagi menentukan wang yang masuk ke dalam akaun Najib adalah wang haram atau bersih.
Saksi pendakwaan ke-48 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Foo berkata Najib mengeluarkan cek bernilai RM20 juta kepada UMNO manakala UMNO Bahagian Batu Kawan dibayar cek bernilai RM100,000 masing-masing pada 2 dan 7 Ogos 2013.
"Selain itu, Najib turut mengeluarkan cek bernilai RM246,000 kepada Lim Soong Peng pada 7 Ogos 2013, manakala cek bernilai RM2 juta dikeluarkan kepada ORB Solutions Sdn Bhd dan cek bernilai RM303,000 dibayar kepada Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd masing-masing pada 12 dan 14 Ogos tahun sama.
"Bendahari UMNO Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah telah mengesahkan menerima cek RM20 juta daripada Najib sendiri. Begitu juga Datuk Mohd Noor Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang mengesahkan telah menerima RM100,000 untuk tujuan politik di kawasannya," kata saksi itu dan menambah kata bahawa pegawai CIMB turut mengesahkan Lim menerima RM246,000 daripada Najib.
Mengenai syarikat ORB Solutions, Foo berkata pengarah syarikat itu, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin menerima cek RM2 juta kerana menawarkan perkhidmatan publisiti Najib di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog persendirian Najib.
"Wang daripada 1MDB GIL telah disalurkan kepada ORB Solutions sebagai pembayaran untuk pembinaan media sosial perkhidmatan dalam talian dan juga bayaran penyelenggaraannya. Hasil daripada analisis FIFO, saya telah mengenal pasti RM2 juta adalah dana haram 1MDB GIL," katanya.
Beliau berkata pemilik Semarak Konsortium Datuk Mohd Omar Mustapha menerima RM22 juta bagi menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada Najib.
"Antara penulis antarabangsa yang terlibat seperti Paul Stadlen, Charlotte Carr, Alexander Marklew, Benedict Macon Cooney dan lain-lain lagi," katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Najib dikatakan, mengeluarkan cek bernilai RM20 juta kepada UMNO manakala UMNO Bahagian Batu Kawan dibayar cek bernilai RM100,000 masing-masing pada 2 dan 7 Ogos 2013. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.