KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur hari ini menyita sebuah rumah kebajikan yang terbabit dalam siasatan kes penderaan seorang anak istimewa sindrom Down dikenali sebagai Adik Bella.
Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan tersebut dilakukan susulan laporan berkaitan kes membabitkan remaja berusia 13 tahun berkenaan, yang dipercayai didera di rumah itu, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, rumah kebajikan itu didapati tidak berdaftar dengan pihak JKM.
“Buat masa ini, kita telah lakukan langkah proaktif di mana kita dapati rumah kebajikan ini melakukan pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai pusat jagaan.
“Tindakan sita ini kekal sehingga adanya perintah mahkamah untuk membukanya. Kalau ada perintah, baru dibenarkan untuk dibuka.
“Seterusnya, mereka perlu dapatkan kelulusan daripada agensi bomba, Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum membuat permohonan kepada kita. Kalau sudah sesuai untuk beroperasi, baru akan dibuka semula sita ini,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.
BACA: Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan
BACA: Dera remaja OKU: Rumah kebajikan milik NGO dalam proses pendaftaran dengan JKM
Mengulas mengenai penghuni lain, Samsuzuki berkata, terdapat 19 individu yang berada di rumah kebajikan tersebut dan telah disantuni dengan diberi pilihan kembali kepada keluarga masing-masing.
Tambah beliau, JKM turut menyediakan Rumah Sinar Kasih di Batu Gajah, Perak sekiranya keluarga tidak menerima mereka.
“Penghuni rumah kebajikan ini, difahamkan ada juga dalam kalangan remaja yang terlanjur, mengandung dan melahirkan anak.
“Daripada 19 ini, ada keluarga yang sudah mengambil semula, ada juga pergi ke saudara mara dan ada juga ke rumah pertubuhan bukan kerajaan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Terdapat enam kanak-kanak atau bayi di sini. Adik Bella ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Negeri Sembilan manakala lima lagi di rumah kanak-kanak,” ujarnya.
BACA: Dera: Mahkamah lucut hak penjagaan terhadap remaja OKU - Rina Harun
Menurut Che Samsuzuki, kes berkaitan Adik Bella diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan membuat tindakan.
Tambah beliau, hasil temu bual bersama pengasas rumah kebajikan itu, didapati bahawa Adik Bella seorang yang degil dan tidak mendengar kata.
“Adik Bella ini dikatakan suka kacau orang lain dan JKM dimaklumkan kesan di tangannya adalah disebabkan tumpahan air panas. Apabila hampir sembuh, Adik Bella suka mengopek kuping luka itu.
“JKM telah mengesyaki dari awal lagi kerana mereka tidak membawa Adik Bella ke hospital kerajaan. Mereka hanya buat pemeriksaan di hospital swasta dan klinik biasa sahaja,” katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: JKM sita Rumah Bonda
Sinar Harian
Mon Jul 12 2021

Menurut Che Samsuzuki, kes berkaitan Adik Bella diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan membuat tindakan. - Gambar/ Sinar Harian

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.

Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.

Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.

Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.

Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.

Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.