KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali melantik semula seorang daripada lima peguam yang sebelum ini menarik diri daripada mewakilinya, untuk mengendalikan prosiding membela dirinya atas tuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.
Siti Bainun, 31, memaklumkan mahkamah bahawa, dia telah melantik Mohammad Farhan Maaruf yang sebelum ini pernah mewakilinya dalam prosiding perbicaraan kes itu di peringkat pendakwaan.
"Saya juga telah maklumkan kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) berhubung pelantikan semula peguam (lama) saya," katanya pada prosiding membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi hari ini.
Disoal Izralizam sejak bila tertuduh mahu mengambil semula peguam lama yang mewakilinya sebelum ini, Siti Bainun menjawab, "Saya memang menunggu peguam lama dan masih berhubung dengan peguam-peguam lama yang membantu saya".
Mohammad Farhan kemudian mengesahkan perkara itu dan memberitahu mahkamah, beliau dilantik oleh Siti Bainun semalam.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memohon mahkamah merekodkan kronologi penarikan diri peguam-peguam yang mewakili Siti Bainun dalam kes tersebut.
"Saya mohon mahkamah rekodkan Mohammad Farhan telah menarik diri pada 13 Jan lepas, diikuti peguam Nur Ellena Mohamed Razif dan Asiah Abd Jalil. Peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor telah membuat permohonan penarikan diri secara terbuka di mahkamah dan Nurul Hafidzah Hassan pula membuat permohonan sama secara bertulis," katanya.
Pada prosiding sebelum ini, kelima-lima peguam itu daripada firma guaman berbeza, telah menarik diri daripada mewakili Siti Bainun sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.
Pada 26 Jan lepas, Siti Bainun diarahkan memberi keterangan membela diri walaupun beliau tidak diwakili peguam selepas Hakim Izralizam memutuskan bahawa prosiding bela diri itu perlu diteruskan agar tidak mengganggu perjalanan kes.
Siti Bainun diperintahkan membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Siti Bainun diperintahkan membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Feb dan Jun 2021. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.

Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.

Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.

18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.

Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam

Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.

Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.

Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.

Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Pendengaran rayuan Siti Bainun terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down ditangguhkan ke 30 Jan depan.