KUALA LUMPUR:Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa surat pindahan wang berjumlah RM150 juta bagi pelaburan Public Mutual telah ditandatangani oleh dua individu dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).
Saksi, Esah Abas ,62, yang juga merupakan bekas Pengurus Kewangan di Unit Pelaburan Felcra memberitahu, dua individu yang menandatangani surat pindahan wang itu ialah bekas Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad, Datuk Fattah Abdullah dan Pengurus Besar Kumpulan Kewangan Azmy Abu Samah.
Menurut Esah, kesemua RM150 juta yang dikeluarkan melalui lima baucar itu dibuat selepas beliau menerima surat pindahan wang daripada Pengurus Kanan Kawalan Kredit, Azriman Ridouan bagi pindahan wang dari Akaun Semasa Felcra Berhad bertarikh 18 Mei 2015 untuk menyediakan baucar bayaran bagi pelaburan kepada Public Mutual.
“Kelima-lima baucar bayaran yang dirujuk ini disediakan oleh saya atas arahan Azriman pada 18 Mei 2015 dan tandatangan pelulus baucar juga adalah Azriman,” katanya yang juga saksi ke-10 ketika sesi perbicayaan kes rasuah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A.Samad.
Esah berkata demikian ketika membaca penyataan saksi di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Sementara itu, ketika disoal peguam, Datuk K.Kumaraendran berkaitan adakah unit pelaburan itu menyalahi prosedur kewangan, saksi itu menjawab ia tidak salah.
Dalam soalan tambahan lain, Kumaraendran turut bertanya adakah baucar boleh dikeluarkan sekiranya tiada surat yang ditandatangani Fattah, saksi itu menjawab ia tidak boleh dikeluarkan.
“Tanpa surat dan tandatangan saya tidak boleh sediakan baucar,” katanya.
Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah, Mohd. Sophian Zakaria, Abdul Rashid Sulaiman, Siti Noor Hafizan Zakaria dan Maziah Mohaide.
Peguam M.Athimulan mewakili Bung manakala peguam Kumaraendran mewakili Zizie Izette.
Pada 3 Mei 2019, Bung,61, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie, 42.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie atas sebab yang sama.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat yang sama pada 19 Jun 2015.
Zizie juga mengaku tidak bersalah atas tiga kesalahan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Astro Awani
Mon Jan 11 2021
Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie, 42. - Gambar fail Astro AWANI/Shahir Omar
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
Mangsa dipercayai terkena libasan kipas utama - Polis
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Nahas helikopter: Pengawal keselamatan selamatkan juruterbang
Tindakan pantas seorang pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan juruterbang helikopter yang terhempas di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur hari ini.
Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang Kabinet esok - PM Anwar
Cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.]
Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan.
Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.
4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina
Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).
Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.