PUTRAJAYA: Warga Amerika Syarikat berusia 66 tahun terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati kerana membunuh bekas isterinya di sebuah hotel pada 2016 kepada hukuman penjara tujuh tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan Gerald Wayne Mickelson untuk mengenepikan sabitan membunuh Guilda Mickelson dan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Tinggi.
Turut bersidang Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Mahkamah juga memerintahkan Mickelson menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap pada 26 Nov 2016.
Semasa dihubungi, seorang daripada peguam Mickelson, Grace S.Nathan berkata mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.
Beliau berkata susulan keputusan hari ini, Mickelson akan dibebaskan beberapa minggu lagi.
Mickelson didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada September 2018 atas pertuduhan membunuh bekas isterinya yang berusia 61 tahun juga warga Amerika Syarikat, dalam sebuah bilik hotel di Lingkaran Syed Putra, Brickfields, di sini antara 5 hingga 11 pagi pada 26 Nov 2016.
Warga emas itu kemudiannya merayu di Mahkamah Rayuan, namun ditolak.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, seorang saksi pendakwaan berkata pada hari kejadian, pihak hotel menerima satu panggilan menerusi interkom daripada seorang lelaki meminta polis datang ke bilik yang dihuninya kerana ada "masalah".
Seorang pegawai bertugas dan seorang pegawai keselamatan kemudian ke bilik terbabit dan tetamu yang kemudian dikenal pasti sebagai perayu memberitahu mereka bahawa bekas isterinya telah mati dan dia memberitahu staf hotel itu bahawa dia membunuhnya.
Dalam prosiding hari ini, peguam utama Mickelson, Datuk N. Sivananthan berhujah bahawa perayu tidak berniat menyebabkan kecederaan teruk kepada si mati.
"Perayu (Mickelson) telah berkahwin dengan si mati selama 30 tahun dan terus menjaganya selama lima tahun lagi selepas perceraian mereka. Seseorang tidak akan menghabiskan 35 tahun untuk menjaga dan melindungi seseorang hanya berubah dalam satu hari dan memutuskan untuk mencederakan mereka, lebih-lebih lagi membunuh mereka," katanya.
Sivananthan berkata pergaduhan secara tiba-tiba itu dimulakan si mati ketika Mickelson cuba meninggalkan bilik hotel pada pagi hari kejadian.
"Perayu tidak mendatangkan bahaya yang tidak sewajarnya terhadap si mati. Apa yang berlaku adalah secara tidak sengaja dan perlu untuk menghalang si mati daripada mencekiknya," kata peguam itu.
Beliau berkata Mickelson berhak mendapat pembebasan penuh kerana telah menunjukkan imbangan kebarangkalian bahawa dia menggunakan hak pembelaan diri dengan betul dan sah.
Sebagai alternatif, Sivananthan berhujah bahawa tuduhan sepatutnya menyebabkan kematian tanpa niat di bawah Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana kematian itu akibat pertengkaran secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka.
Semasa memohon hukuman ringan, Grace berkata keadilan perlu disulami oleh belas kasihan mengambil kira usia Mickelson dan kecederaan yang dialami oleh si mati tidak kejam atau luar biasa.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari dan Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021

Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya. - Gambar fail/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Lelaki Amerika Syarikat ditahan di KLIA miliki tiga kelopak peluru
Polis mengesahkan menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.

Warga Amerika Syarikat didenda RM4,000 miliki peluru
Seorang warga Amerika Syarikat yang dikesan memiliki tiga butir peluru tanpa lesen atau permit sah di KLIA didenda RM4,000.

Seludup dadah: Polis Kemboja tahan seorang warga AS, rakyat tempatan
Lelaki asing berusia 33 tahun dan rakyat tempatan 29 tahun itu ditahan di dua lokasi di Phnom Penh.

Warga Amerika Syarikat diarah tinggalkan Iraq serta-merta
Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat mengarahkan kesemua warga negara itu agar meninggalkan Iraq serta merta.

Wanita maut ditekup muka, dipercayai dibunuh suami
Saksi yang juga adik mangsa mendakwa berlaku pertengkaran antara kakaknya dan suaminya pada awal pagi sebelum terdengar jeritan mangsa.