HULU SELANGOR: Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dilanjutkan reman selama tujuh hari lagi bermula esok (Selasa) bagi membantu proses siasatan.
Ini selepas tempoh reman selama seminggu bermula 16 Julai sebelum ini tamat pada hari ini (Isnin).
Perintah lanjutan reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Setakat ini, polis telah menemui beberapa bahan bukti dipercayai milik mangsa antaranya beg tangan dan telefon pintar.
Penemuan itu susulan hasil operasi pasukan forensik di Kampung Sri Kledang serta Sungai Trolak, Perak.
Polis juga telah mengambil beberapa keterangan pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak.
Berdasarkan hasil soal siasatan, suspek dikatakan telah pergi ke kebun berkenaan serta beberapa lokasi lain sebelum kejadian.
Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang pada 15 Julai lalu.
Penemuan mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu telah membawa kepada tangkapan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal.
Allahyarham Nur Farah telah selamat dikebumikan di Pekan, Pahang selepas jenazahnya dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada Khamis lalu.
Afiezy Azaman
Mon Jul 22 2024
Perintah lanjutan reman dikeluarkan bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Bernama
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 7 Okt untuk serahan laporan kimia, bedah siasat
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan kimia dan bedah siasat Nur Farah Kartini Abdullah.
Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak
Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak.
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Kronologi kes hilang dan bunuh Nur Farah Kartini
Kehilangan Nur Farah Kartini berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Bernam, Selangor lima hari kemudian.
Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini yang berusia 25 tahun dan merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Kes bunuh Nur Farah: Suspek tiba di Mahkamah KKB untuk tuduhan membunuh
Suspek yang memakai baju hitam dengan pelitup muka tiba jam 9.05 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Bunuh Nur Farah Kartini: Lans koperal dibawa ke mahkamah hari ini
Tumpuan pastinya terarah pada susuk lelaki itu apabila sebahagian kecil maklumat mengenai suspek akan 'dilondehkan' dalam kertas pertuduhan kelak.
Kes Nur Farah Kartini: Unit Forensik jumpa kunci kereta
Kunci itu ditemukan kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter dari jambatan kecil yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.