LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes membabitkan 13 pelajar lelaki kolej vokasional di sini yang berhadapan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di kolej sama pada Mac lepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Majistret Nur Asyraf Zolhani membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao mengikut Seksyen 177A(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanapun, tarikh sebutan di Mahkamah Tinggi itu belum ditetapkan.
Prosiding itu dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.
Pada 2 April lepas, 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan secara bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac lepas.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sembilan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye, manakala seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan tiga lagi tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Kamarudin ketika ditemui di luar mahkamah berkata pihak pendakwaan mendapat izin untuk mendakwa dan rekuisisi daripada Pejabat Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
"Di samping itu, kita juga memohon atas permintaan ibu bapa supaya remaja ini direman di Penjara Lahad Datu bukan di Tawau bagi memudahkan sesi lawatan," katanya.
Pada 22 Mac lepas, Mohamad Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Prosiding itu dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur. -Gambar hiasan

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Prosiding itu dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.