BANDAR PERMAISURI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas.
Beliau berkata selain ibu bapa kanak-kanak berumur enam tahun itu, tiada tangkapan lain dilakukan dan polis masih mencari petunjuk lain bagi membantu siasatan.
"(Ibu bapa mangsa) masih direman tujuh hari, bagi (masa) polis Selangor untuk siasat. Buat masa ini itu sahaja dan kita akan terus siasat," katanya ketika ditemui Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, hari ini.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Damansara Damai pada pukul 10 malam 6 Dis lepas, sehari selepas dilaporkan hilang, dan berdasarkan bedah siasat, kanaka-kanak itu dipercayai dibunuh.
Sementara itu pelumba dari kelab Royal Kelantan Endurance, Mohd Aminuddin Ali muncul juara kategori utama Piala Ketua Polis Negara 2024, dan membawa pulang piala, sijil kemenangan serta wang tunai RM3,000.
Tempat kedua juga dimenangi pelumba dari Royal Kelantan Endurance Muhamad Faisal Mohd Ashari manakala di tempat ketiga, pelumba Royal Terengganu Endurance Stable Mohd Bukhari Rozali.
Muhammad Faisal membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM2,500 manakala Mohd Bukhari menerima sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM1,500.Hadiah-hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Razaruddin berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas. - Foto Bernama

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
MCMC telah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan maklumat siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.

Kes bunuh Zayn Rayyan: Masih menjejak suspek, beri polis ruang untuk siasat - Ketua Polis Negara
Razarudin berkata setakat ini polis melakukan pemeriksaan rumah ke rumah melibatkan 280 buah.

Pembunuhan Zayn Rayyan: Taman permainan di Apartment Idaman lengang
Susulan pembunuhan Zayn Rayyan, kanak-kanak tidak lagi berani untuk turun bermain di taman permainan yang terletak berhampiran Blok R.