JOHOR BAHRU: Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes melarikan seorang wanita di Kulai bulan lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata bertindak atas maklumat dan hasil risikan, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor dan Bukit Aman telah melakukan tangkapan terhadap suspek yang berusia lingkungan 24 hingga 48 tahun itu di beberapa lokasi di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor dari 23 hingga 25 Mei lepas.
Beliau berkata pihaknya juga merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil insiden itu.
"Kesemuanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah, hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis metamfetamina," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata suspek direman selama 14 hari bermula 24 Mei lepas bagi membantu siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam.
Beliau berkata lima suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Majistret Kulai hari ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 serta Seksyen 383 Kanun Keseksaan namun mereka mengaku tidak bersalah.
Empat lagi dibebaskan dengan bon jaminan untuk menjadi saksi pendakwaan mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 16 Mei lepas, seorang wanita berusia 30 tahun dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang ketika berada di rumahnya di Kulai sebelum mangsa dibebaskan di stesen bas sekitar Skudai pada hari yang sama.
Mangsa yang bekerja sendiri bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibebaskan selepas wang tebusan diterima, melibatkan kerugian berjumlah RM111,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

M Kumar berkata, pihaknya juga merampas sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil insiden itu. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Kes culik wanita di Kulai: Polis tahan sembilan lelaki
Sepasukan polis dari JSJ Kontinjen Johor dan Bukit Aman telah melakukan tangkapan terhadap suspek di beberapa lokasi di Johor, N. Sembilan dan Selangor.

Urus niaga dadah motif wanita diculik, nilai tebusan RM100,000
Urus niaga berkaitan dadah disyaki motif penculikan seorang wanita di hadapan kedai serbaneka di Jalan Sentul, di sini, dengan nilai tebusan RM100,000.

Punca wanita diculik dipercayai ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah - Polis
Siasatan awal mendapati suami mangsa dipercayai terlibat dalam kumpulan sindiket tertentu.