KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli perniagaan berusia 83 tahun yang merupakan pemegang saham utama pemaju projek mewah BRDB Developments Sdn Bhd, ditahan untuk disoal siasat minggu lalu, lapor CNA yang memetik sumber pegawai kanan SPRM serta peguam yang mengikuti rapat kes berkenaan.
Difahamkan, pasukan penyiasat turut menyerbu rumah dan premis perniagaannya di Kuala Lumpur.
Sumber dipetik sebagai memberitahu, selain membekukan akaun perniagaan dan peribadi ahli perniagaan itu, SPRM juga mengarahkan Akbar untuk mengisytiharkan asetnya serta pegangan kewangan keluarganya.
Pihak pejabat Akbar bagaimanapun, enggan mengulas mengenai siasatan SPRM ketika dihubungi CNA.
“Memandangkan ini adalah perkara yang sedang berjalan, kami mengelak daripada mengulas butiran khusus. Fokus utama kami kekal pada memastikan siasatan yang adil," kata jurucakap di pejabat Akbar.
BACA: Daim minta dibicara kerana gagal isytihar harta, termasuk 25 hartanah dan 38 syarikat
BACA: Senarai aset Daim Zainuddin
Sumber SPRM berkata, ahli perniagaan itu dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat lagi bersama bekas rakan kongsi yang lain, dalam masa terdekat.
Mereka dilaporkan memainkan peranan penting dalam pemulangan saham beku bernilai AS$4 bilion yang sebelum ini tersenarai di pasaran luar bursa yang sudah tidak wujud di Singapura yang dikenali sebagai Central Limit Order Book (CLOB), dan transaksi kontroversi yang melibatkan perubahan pegangan saham di konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir tahun 1990-an dan 2000.
Akbar merupakan seorang lagi personaliti perniagaan yang terlibat dalam siasatan meluas oleh SPRM terhadap bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Siasatan terhadap pegangan kewangan Daim bermula pada Mei 2023 dan beliau dituduh pada 29 Januari lalu kerana gagal mematuhi notis SPRM supaya mengisytiharkan harta.
Akbar, seorang akauntan yang terlatih, dilaporkan membina persahabatan dengan Daim pada akhir tahun 1980-an, ketika pertama kali Daim menjadi Menteri Kewangan antara tahun 1984 hingga 1991, lapor CNA.
Namun, ketika kali kedua Daim menjadi Menteri Kewangan pada 1999, kekayaan komersial Akbar mengalami lonjakan yang ketara daripada pelaburan bersaiz sederhana yang berprofil rendah dalam hartanah dan peruncitan barangan mewah, ke dalam golongan atasan pentas korporat Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura telah dipanggil untuk membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan terhadap individu berprofil tinggi di Malaysia.
Ahli perniagaan itu juga telah diperintahkan untuk mengisytiharkan hartanya dan pegangan kewangan keluarganya.
"Saya boleh mengesahkan bahawa lebih ramai orang dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan ini," katanya.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024

Akbar (kiri) merupakan seorang lagi personaliti perniagaan yang terlibat dalam siasatan SPRM terhadap Daim.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sesi persekolahan bermula, ibu bapa disaran sediakan sarapan pagi bernutrisi
Makanan berkhasiat bukan sekadar isu kesihatan, tetapi faktor utama dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar.

Abang Johari cadang SFC jalan kajian habitat terubuk di Batang Lupar
SFC mempunyai teknologi baharu seperti peranti dan peralatan untuk menyelidik serta meneroka dasar sungai.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.

Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan
Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh SPRM.