KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME24 adalah 70,037 kes berbanding 54,139 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 53 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan hingga ME24 berbanding 39 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata sebanyak 85 lokaliti hotspot dikenal pasti pada ME24, berbanding 71 lokaliti pada minggu sebelumnya.
Daripada 85 lokaliti itu, katanya 58 lokaliti melibatkan Selangor, lapan lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah (enam), Perak (lima), Negeri Sembilan (empat) manakala Pulau Pinang dan Sarawak, masing-masing dua lokaliti.
Beliau turut berkata tiada wabak chikungunya dilaporkan pada ME24 manakala bagi survelan zika, sebanyak 1,024 sampel darah, enam sampel urin dan dua sampel cairan tulang belakang telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.
"Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri seperti memakai pakaian berwarna cerah dan menutup anggota badan yang terdedah terutama sewaktu menjalankan aktiviti di luar rumah pada waktu aktif gigitan nyamuk Aedes, iaitu pada 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME24 adalah 70,037 kes berbanding 54,139 kes bagi tempoh sama tahun lepas. - Gambar hiasan
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.

Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME40, tiga kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,639 kes pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 Sept hingga 5 Okt lepas berbanding 1,760 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME30, empat kematian direkod
Kes demam denggi menurun kepada 2,609 pada Minggu Epidemiologi ke-30 berbanding 2,690 pada minggu sebelumnya yang menyaksikan empat kematian dilaporkan.

Kes demam denggi meningkat, lima kematian pada ME24
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 2,900 kes pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24) bagi tempoh 9 hingga 15 Jun lepas dengan lima kematian direkodkan, berbanding 2,508 kes pada minggu sebelumnya.

Denggi: Dua kematian, 2,461 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20
Sebanyak 2,461 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-20 bagi tempoh 12 hingga 18 Mei lepas,

Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.

Kes denggi meningkat pada ME01, tiada kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi di negara ini meningkat kepada3,181 kes pada Minggu Epidemiologi ke-01 (ME01) 2024 iaitu bagi tempoh 31 Dis 2023 hingga 6 Jan 2024 berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat lebih 300 peratus
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata satu kes kematian turut dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Kes denggi menurun 2.2 peratus, lima kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun 2.2 peratus kepada 2,221 kes pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME44), iaitu bagi tempoh 29 Okt hingga 4 Nov berbanding 2,272 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan
Sejumlah 2,336 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 25 Jun hingga 1 Julai lepas, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.