Jumlah kes denggi di sini dari Januari hingga kini menurun kepada hanya lima kes berbanding 22 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, penurunan drastik itu adalah hasil tindakan bersepadu oleh pelbagai jawatankuasa kampung, masyarakat dan individu.
"Kita mencatat rekod terendah setakat ini, dengan sifar kematian atau wabak. Sebanyak 102 kes dicatatkan pada 2018 dengan 12 wabak dan jumlah itu menurun kepada 36 kes dengan satu wabak pada 2019," katanya kepada Bernama hari ini.
"Kebelakangan ini kita menyaksikan kemunculan semula penyakit lama dan kemunculan penyakit baharu... menyebarkan penyakit dari satu lokasi ke lokasi lain dan ia sangat sukar untuk dihalang, ini sekali gus mempengaruhi sosio-ekonomi dan kadang-kadang memberi kesan negatif terhadap mana-mana populasi.
"Bagi menghadapi cabaran ini, tanggungjawab, tugas untuk menghalang dan mengawal penjagaan kesihatan memerlukan perubahan menyeluruh supaya ia lebih berkesan, cekap dan menumpukan kepada permasalahan utama atau isu yang perlu ditangani secara kolektif dan komprehensif," katanya.
Dr Ismuni yang juga doktor kesihatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan di Malaysia, denggi adalah antara penyakit berjangkit yang memberi kesan terhadap kesihatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 18 2020

Jumlah kes denggi di sini dari Januari hingga kini menurun kepada hanya lima kes berbanding 22 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.