GOMBAK : Polis sedang memburu sekumpulan pelajar tingkatan tiga dan empat sebuah sekolah di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada salah seorang mangsa yang merupakan seorang pelajar tingkatan dua.
Beliau memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang, pengadu bersama rakan-rakannya berada berhampiran sebuah kedai dobi di Medan Tasik Puteri, Rawang, apabila tiba-tiba didatangi sekumpulan pelajar yang terus membelasah mereka.
"Berdasarkan siasatan awal, pergaduhan itu tidak melibatkan isu sekolah, sebaliknya disebabkan perselisihan faham," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Noor Ariffin memberitahu, ekoran daripada kejadian ini, pengadu sedang menerima rawatan di Hospital Selayang manakala seorang lagi rakannya dimasukkan ke Hospital KPJ Rawang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Katanya, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amirul Ashyraf Abu Hassan di talian 019-3491233, Balai Polis Gombak (03-61262222) atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Umavathi Ramayah
Sat Dec 16 2023

Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pergaduhan itu tidak melibatkan isu sekolah. - Foto IPD Gombak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes gaduh: Polis kesan pelajar tingkatan 3, 4 sebuah sekolah di Medan Puteri, Rawang
Polis sedang memburu sekumpulan pelajar tingkatan tiga dan empat sebuah sekolah di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan.

Kes Gaduh: 22 termasuk pelajar ditahan di Sandakan
Polis menahan 22 individu termasuk pelajar kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Jalan Elopura, Pusat Bandar Sandakan pada Rabu.

Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan
Netizen mezahirkan solidariti dan sokongan kepada cikgu Azizan yang dilapor menampar seorang pelajar kerana masalah disiplin.