BAGAN SERAI: Kes tuduhan yang tular di media sosial oleh seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) antarabangsa yang mendakwa kajiannya diambil penyelia Universiti Malaya (UM) tanpa kebenaran kini di bawah tindakan pihak polis.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata pihak UM telah membuat laporan polis dan pihaknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkaitan.
"Siasatan diserahkan kepada universiti yang mempunyai autonomi sendiri jadi UM menjalankan siasatan dan membuat laporan polis (untuk tindakan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita selepas penutupan Karnival Komuniti@KKBSe di pekarangan Kolej Komuniti Bagan Serai di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas perkembangan isu tular di media sosial seorang pelajar asing membuat laporan polis terhadap UM mendakwa bahawa kajiannya diambil tanpa pengetahuan.
Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, pelajar berkenaan antaranya memaklumkan telah menghabiskan hampir dua tahun untuk menyiapkan kajian berkenaan dan kecewa apabila kajiannya diambil pihak universiti.
BACA: UM nafi dakwaan guna penyelidikan pelajar tanpa kebenaran
Pada 29 Ogos lepas, UM dalam kenyataan menafikan dakwaan itu dan berkata menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan ilmiah merupakan hak milik universiti.
UM dilaporkan membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan calon itu dan sedang mengkaji tindakan perundangan bersesuaian.
Kenyataan itu turut menyatakan pihak universiti telah memberi peluang dan sumber bagi membantu calon terbabit menyempurnakan PhD termasuk pelanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.
Bagaimanapun calon berkenaan belum menamatkan pengajian mengikut tempoh lanjutan yang diberi malah UM turut mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu beliau.
Terdahulu, dalam ucapannya Noraini berkata penawaran kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti dapat diterima baik oleh semua golongan masyarakat dan dijadikan sebagai platform serta usaha berterusan untuk memajukan diri dalam menceburi bidang teknikal dan vokasional seterusnya berpeluang mencipta kerjaya pada masa akan datang.
"Penawaran kursus ini di kolej komuniti dan politeknik berperanan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat dalam pelbagai bidang tanpa mengira peringkat umur.
"Tambahan ilmu dan kemahiran ini dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup sekali gus mampu mempersiapkan diri memasuki Revolusi Perindustrian 4.0 yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad (tengah) ketika ditemui media pada majlis perasmian penutupan Karnival Komuniti@KKBSe di pekarangan Kolej Komuniti Bagan Serai hari ini. - Foto BERNAMA

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Kes kajian calon PHD UM kini di bawah tindakan polis - Noraini
Seorang calon ijazah doktor falsafah (PhD) antarabangsa mendakwa kajiannya diambil penyelia Universiti Malaya (UM) tanpa kebenaran.