LABUAN: Kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di negara ini, namun kadar peratusan wanita yang menjalani ujian pap smear bagi pengesanan awal penyakit itu masih rendah.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata selain kanser ovari dan payudara, kanser serviks menjadi ancaman khususnya kepada wanita muda di negara ini.
"Sehubungan itu menerusi Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM11.5 juta bagi saringan dan ujian kanser payudara dan serviks di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Baucar Saringan Mamogram dan Ujian HPV DNA (WcaRe) kepada 100 penerima diwakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2022 di Desa Tunas Hijau di sini, hari ini.
Siti Zailah juga berkata lebih 80 peratus wanita di negara ini belum menjalani ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara sedangkan nisbah menunjukkan 34.1 wanita bagi setiap 100,000 wanita di negara ini berdepan dengan penyakit itu.
"Saya menyeru kepada wanita di negara ini agar menyahut seruan kerajaan untuk segera membuat saringan awal melalui pelbagai program yang disediakan. Jangan tunggu parah baru buat saringan, ambillah kesempatan dan peluang yang diberikan," katanya.
Sementara itu, Siti Zailah berkata kementeriannya melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) dalam usaha mempromosikan program subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks (Ujian HPV DNA).
Menurutnya beberapa langkah telah diambil oleh LPPKN bagi menggalakkan wanita menjalani ujian tersebut termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan dari Klinik Nur Sejahtera atau pusat komuniti ke pusat mamogram.
Selain itu katanya, elaun makan RM10 bagi klien yang dirujuk menjalani ujian di pusat mamogram yang jarak lebih 200 kilometer atau bagi perjalanan lebih empat jam sehala dari tempat berkumpul.
"Bantuan kemudahan penginapan sebanyak RM110 sehari juga diberi kepada klien yang tidak dapat menyelesaikan urusan mamogram pada hari yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

Selain kanser ovari dan payudara, kanser serviks menjadi ancaman khususnya kepada wanita muda di negara ini. - Gambar fail/HKL

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

Cabang PKR Sabah sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Pelajar perempuan Afghanistan dinafikan pendidikan mungkin lebih 4 juta menjelang 2030 - UNESCO
Sekatan yang dikenakan oleh Taliban terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan telah menjejaskan kira-kira satu setengah juta pelajar.
The Future Is Female: IWD2025 — RYTHM Foundation: Building a Better Future
On this episode of #TheFutureIsFemale Melisa Idris speaks with Datin Seri Umayal Eswaran, Chairperson of RYTHM Foundation, the corporate social responsibility arm of QI Group, about its work which focuses on education, empowerment, and the environment.
![[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali [KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737429573_KanserServik.jpg)
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.

60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.

Kanser serviks: Kepentingan pengesanan awal saringan kanser untuk wanita
Pemeriksaan kerap memperkasakan wanita untuk mengendalikan kesihatan mereka, membolehkan mereka mengenal pasti potensi masalah sejak awal.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha
Pemberian suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks kepada pelajar Tingkatan 1 akan dikembalikan semula.

Kes kanser serviks ketiga tertinggi, peratusan jalani pap smear masih rendah
Selain kanser ovari dan payudara, kanser serviks menjadi ancaman khususnya kepada wanita muda di negara ini.

Kaedah ujian HPV bakal ganti 'pap smear' bagi kesan kanser serviks
Tinjauan NHMS 2019 menunjukkan, 60 peratus daripada wanita Malaysia tidak melakukan pemeriksaan pap smear bagi tujuan saringan kanser serviks, sejak tiga tahun lalu.

Yayasan dan Makmal ROSE memacu pencegahan kanser serviks di Malaysia
Menerusi pelancaran Yayasan dan Makmal ROSE, Malaysia boleh diletakkan seiring dengan negara-negara lain yang telah menerima dan mengguna pakai ujian HPV yang lebih efektif untuk saringan serviks.

Tak perlu malu! Ujian kanser serviks lebih mudah dengan inovasi ROSE
Jika ujian pap smear sebelum ini perlu menggunakan spekulum, menerusi inovasi baharu itu, kaedah konvensional itu tidak diperlukan.

Kanser serviks kanser ketiga paling banyak dihidapi wanita Malaysia - Pakar
Kesedaran mengenai kanser serviks adalah lebih baik sekarang kerana masyarakat terdedah dan dimaklumkan mengenai penyakit itu.