JOHOR BAHRU:Pembongkaran isu daging sejuk beku import dengan status halal meragukan pada awal Disember lepas telah membuka laluan penternak tempatan meningkatkan hasil jualan bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap produk daging ketika ini.
Antara syarikat yang menerima tempias positif akibat pembongkaran itu ialah Osman Goat Farm di Kangkar Tebrau di sini yang telah bertapak di pasaran sejak 31 tahun lepas.
Pengarah Urusannya Osman Cheya Kutty berkata sejak pendedahan isu itu, jualan daging kambing syarikatnya melonjak daripada hanya tiga ekor sehari kepada sembilan ekor sehari yang dipercayai didorong oleh kesedaran masyarakat yang mahukan daging diyakini halal.
"Walaupun harga daging kambing tempatan segar dijual lebih mahal iaitu sekitar RM60 sekilogram berbanding RM25 bagi daging import sejuk beku, namun kebanyakan masyarakat sanggup membelinya, " katanya kepada pemberita ketika ditemui di premis perniagaan itu di sini, semalam.
Osman berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memenuhi peningkatan permintaan daging kambing berikutan syarikatnya memiliki kira-kira 3,000 ekor kambing pada masa ini.
"Ladang ternakan kami di Seelong, Kulai dan di sini (Kangkar Tebrau) mempunyai dua baka kambing tempatan iaitu jenis Jamna Pari dan Boer serta empat baka kambing biri-biri yang diimport dari Australia iaitu Damara, Merino, Vanroy dan Awassi.
"Buat masa ini, bekalan mencukupi untuk memenuhi peningkatan permintaan dari seluruh Johor," katanya sambil memaklumkan pembeli turut boleh melihat sendiri proses penyembelihan yang dilakukan oleh empat penyembelih bertauliah ketika berkunjung untuk membeli produk di premis mereka.
Pada 1 Dis lepas, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk membolehkannya dijual di pasaran tempatan.
Sementara itu, Osman berkata kejadian banjir yang melanda bandar raya ini telah mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian kira-kira RM60,000 melibatkan kerosakan stok daging, produk susu dan makanan kambing yang disimpan di pusat jualan di Kangkar Tebrau di sini, selain daripada perkakasan elektrik dan perabot yang terdapat di pejabat serta surau.
Menurutnya, premis berkenaan dinaiki air dengan ketinggian 1.2 meter ketika pihaknya sedang menyediakan bekalan makanan kepada 600 mangsa banjir di sekitar kawasan Kangkar Tebrau pada 11 pagi, 2 Jan lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Osman berkata pihaknya tidak mempunyai masalah memenuhi peningkatan permintaan daging kambing berikutan syarikatnya memiliki kira-kira 3,000 ekor kambing pada masa ini. --fotoBERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Kes kartel daging: Jualan penternak tempatan melonjak
Antara syarikat yang menerima tempias positif akibat pembongkaran itu ialah Osman Goat Farm di Kangkar Tebrau di sini yang telah bertapak di pasaran sejak 31 tahun lepas.

Peniaga jual barangan terkawal di bawah harga maksimum
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang mendapati peniaga-peniaga di negeri ini menjual barangan terkawal di bawah harga yang ditetapkan sempena musim perayaan.