KUALA LUMPUR: Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan itu pada Selasa berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan Osman tanpa niat membunuh.
"Dengan ini kamu berenam dengan niat bersama dan dengan persubahatan tertuduh keenam (Abdoul Hakeem) didapati bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada si mati (Zulfarhan Osman) tanpa niat membunuh," katanya ketika membacakan keputusan pada Selasa.
Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (membunuh tanpa niat) memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.
Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Lima daripada mereka (kecuali Mohamad Shobirin) bersama 12 lagi turut disabitkan atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan bagi memeras pengakuan bersalah atau bagi memaksa supaya harta dipulangkan.
12 tertuduh itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Ketika ini mahkamah berehat sebentar dan Hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh selepas mahkamah bersidang semula.
BACA: Keputusan kes bunuh Zulfarhan: 'Sepanjang perjalanan saya baca Yasin' - Ibu
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: Nasib 18 penuntut UPNM diketahui esok
Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019.
Pendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.
Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.
Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: 2 pakar beri keterangan bercanggah - Peguam
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: Pembelaan tutup kes selepas panggil 20 saksi
BACA: Ada seseorang suruh saya tumbuk Zulfarhan - Saksi
BACA: Kes Zulfarhan: Laporan forensik tidak tunjuk kesinambungan luka lecur sebab kematian
BACA: Kes bunuh Zulfarhan: 18 diarah bela diri, seorang dibebaskan
BACA: Kaki, tangan Zulfarhan Osman diikat, sebelum ditekap seterika - Saksi
BACA: Saksi dedah tulis dua surat layang beritahu Zulfarhan Osman didera
BACA: KKM akan panggil doktor klinik rawat Zulfarhan Osman
Ridauddin Daud
Tue Nov 02 2021

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. -Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Sabitan dan hukuman mati terhadap enam bekas pelajar UPNM adalah tidak selamat - Peguam
Hisyam berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan ke-27 (SP27) iaitu pemilik seterika.

Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh - Mohd Na'im
Umat Islam dinasihatkan mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah.

MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
MCPF merasakan tindakan menyeksa hingga menyebabkan kematian seseorang itu jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia.

Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.

Ahli keluarga Allahyarham Zulfarhan tiba di mahkamah
Kesemua mereka kelihatan tenang sebelum memasuki bilik bicara Mahkamah Rayuan jam 8.45 pagi.

Kematian Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM esok
Keputusan itu dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin pada 9 pagi.

Rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes kematian Zulfarhan didengar 14 Mei
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib Mohd Razi selaku responden berkata prosiding pendengaran rayuan itu, ditetapkan pada 14 hingga 16 Mei ini.

UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah yang berlaku ke atas Zulfarhan - Hishammuddin
UPNM dan ATM perlu ambil iktibar dan pengajaran terhadap hukuman penjara yang dikenakan terhadap enam penuntut universiti itu.

Tubuh inkuiri siasat punca tiada tindakan awal pihak universiti
Langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.

Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun
Enam penuntut UPNM yang menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain dipenjara 18 tahun.