MELAKA: Kes leptospirosis atau kencing tikus di Melaka mencatatkan peningkatan kepada 80 kes dalam tempoh 1 Jan hingga 6 Julai lepas berbanding 28 kes sepanjang tahun lepas.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh yang menjalankan tugas-tugas Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan berkata peningkatan itu ekoran penularan wabak berkenaan di tiga pusat rekreasi di Melaka, namun tiada kematian direkodkan.
Beliau berkata ketiga-tiga destinasi pelancongan itu terletak di daerah Jasin iaitu Kolam Air Panas Jasin, Taman Eko Rimba serta Taman Tiga Budaya namun telah dibuka semula selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan.
"Leptospirosis merupakan salah satu penyakit zoonosis selain JE (Japanese Encephalitis) serta rabies dan penyakit kencing tikus antara kes yang agak tinggi dilaporkan di negara ini termasuk di Melaka.
"Berdasarkan data pada tahun ini, kes banyak berlaku di pusat rekreasi disebabkan penularan wabak berkenaan dalam kalangan pengunjung tetapi langkah awal seperti pembersihan di lokasi kejadian telah dilakukan dengan pemantauan Jabatan Kesihatan dan dapat dikawal dengan baik," katanya kepada pemberita di Zoo Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup sambutan Hari Zoonosis Sedunia Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ruzita Mustaffa.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan Melaka akan menganjurkan kursus jangka pendek berkaitan pengurusan penyakit zoonosis sebagai langkah awal mengekang penularan wabak berkenaan di premis terlibat.
Kursus tersebut disasarkan untuk mereka yang berisiko dan terlibat secara langsung dalam pengurusan haiwan antaranya pekerja Zoo Melaka, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Bahagian Kesihatan Jabatan Veterinar
Beliau berkata lebih banyak tempat mencuci tangan atau cecair pembasmi kuman khususnya di pusat rekreasi atau tumpuan ramai yang mempunyai haiwan seperti Zoo Melaka perlu disediakan, agar pengunjung dapat membersihkan tangan selepas bersentuhan dengan haiwan.
Sambutan Hari Zoonosis Sedunia disambut pada setiap 6 Julai di seluruh dunia dan disambut hari ini di Melaka dalam usaha meningkatkan kesedaran berkaitan pencegahan penyakit zoonosis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

Dr Muhamad Akmal berkata peningkatan itu ekoran penularan wabak berkenaan di tiga pusat rekreasi di Melaka, namun tiada kematian direkodkan. - Gambar fail/Bernama
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Perbezaan bukan melemahkan, tetapi kekuatan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa kerencaman dan kepelbagaian di Malaysia tidak seharusnya melemahkan hubungan sesama masyarakat.

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
KPN akan sentiasa pastikan perpaduan terus dipelihara dengan mengambil kira kepelbagaian etnik, budaya dan agama yang jadi asas kekuatan.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.

Faizal Tahir angkat konsep kenduri-kendara untuk album terbaharu
Konsep itu dipilih kerana sangat dekat di hatinya dan melambangkan semangat gotong-royong, perpaduan serta kebersamaan yang semakin pudar dalam masyarakat moden.