PUTRAJAYA: Kes penyakit kusta baharu di Malaysia mecatatkan peningkatan iaitu daripada 142 kes pada tahun 2021 kepada 164 kes tahun lepas, yakni peningkatan sebanyak 15.5 peratus, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Menurutnya pada tahun 2020, bilangan kes kusta di Malaysia adalah sebanyak 181 kes.
Zaliha dalam kenyataan hari ini berkata peningkatan itu adalah hasil dari pengesanan kes secara aktif di lokaliti endemik yang dilakukan oleh anggota kesihatan di peringkat daerah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan kekal komited dalam menangani permasalahan kusta menerusi aktiviti kawalan dan pencegahan bersasar kepada golongan berisiko, yang dilakukan di peringkat lokaliti dan daerah.
"Antaranya adalah menerusi saringan kulit terhadap komuniti melalui pengesanan kes secara aktif, dan kontak rapat juga dikenal pasti serta disaring di klinik mengikut garis panduan sedia ada," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Kusta Sedunia 2023 semalam yang bertema 'Bertindak Sekarang: Hapuskan Kusta'.
Katanya di peringkat global penyakit kusta menunjukkan peningkatan kes pada iaitu daripada 128,405 kes baharu pada tahun 2020 kepada 140,594 kes pada tahun 2022, yakni peningkatan sebanyak 10.2 peratus.
Zaliha berkata komuniti berisiko seperti kontak rapat dan individu yang menetap di lokaliti endemik perlu segera ke klinik apabila mula menunjukkan tanda awal kusta iaitu tompok putih atau merah tembaga di kulit yang tidak gatal.
"Mereka yang tidak dikesan awal atau tidak mengambil rawatan, berdepan komplikasi kecacatan fizikal kekal. Jadi sangat penting untuk semua individu dan ahli keluarga serta masyarakat memainkan peranan masing-masing dan memberi galakan kepada pesakit kusta agar meneruskan rawatan sehingga sembuh," katanya.
Penyakit kusta merupakan penyakit berjangkit tertua selain penyakit tibi yang kronik, dan boleh menjangkiti kontak rapat melalui pernafasan apabila rembesan di udara yang mengandungi bakteria 'Mycobacterium leprae' dilepaskan ketika pesakit tidak dirawat batuk atau bersin.
Sejak empat dekad lepas, 18 juta pesakit kusta di dunia telah dirawat dengan pemberian 'World Health Organisation Multridrug Theraphy' (WHO-MDT) sehingga sembuh, dan ia secara langsung mengurangkan kadar prevalen kusta di dunia lebih 95 peratus.
Hari Kusta Sedunia disambut pada hari Ahad terakhir bulan Januari setiap tahun, bagi memperingati mereka yang terkesan akibat penyakit itu dan memberi kesedaran bahawa kusta masih wujud dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan hidup pesakit diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Zaliha berkata, peningkatan itu adalah hasil dari pengesanan kes secara aktif di lokaliti endemik yang dilakukan oleh anggota kesihatan di peringkat daerah. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.

Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.

Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.

WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.

Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Bermula 1 Februari, prasekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu yang melarang penggunaan skrin untuk kanak-kanak di bawah usia 18 bulan.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.