KOTA BHARU: Siasatan berkaitan dakwaan seorang guru melakukan aktiviti pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat dijangka mengambil masa selama sebulan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.
Katanya siasatan tersebut juga akan menjurus kepada tohmahan yang dilemparkan kepada guru tersebut dan menyemak segala teks perbualan serta mesej daripada kedua-dua pihak kerana tidak mahu ada individu yang teraniaya.
"Sekarang ini kita sudah panggil empat saksi namun identiti mereka tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut akan disiasat dengan lebih mendalam.
"Kita seru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya tampil untuk bantu siasatan ini dan kita akan melihat sejauh mana kebenaran seperti yang didakwa oleh mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan akan dilakukan secara terperinci dan telus kerana ia melibatkan profesion seorang guru dan pelajar sekolah terbabit.
Pada 28 Mac lepas, seorang individu menerusi media sosial mendakwa seorang guru di sebuah sekolah di Tumpat yang diketahui sebagai seorang pedofil masih mengajar di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun, guru terbabit yang dituduh melakukan perbuatan itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat dengan mendakwa dia difitnah.
Semalam, media melaporkan polis memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru berhubung kes berkenaan dan telah melihat segala kandungan di dalam telefon pihak yang terlibat seperti perbualan telefon dan aplikasi WhatsApp.
Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

Muhamad Zaki berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Kes pedofilia: Siasatan dijangka ambil masa sebulan - Polis Kelantan
Muhamad Zaki berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri.