Kes pengawal peribadi yang didakwa atas lima pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak lima individu menggunakan sepucuk senjata api di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini akan disebut semula pada 22 Mac depan.
Hakim Mahkamah Sesyen 1, Roslan Hamid menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris memohon tarikh sebutan baharu berikutan laporan perubatan mangsa dan laporan kimia masih belum diperolehi.
Di mahkamah itu, tertuduh Ja'afar Halid, 37, berdepan tiga pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak K. Arivani, 33, di kepala, Nurul Huda Ab Aziz, 38, di bahu dan Lee Hong Boon, 56, di dada kiri.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini antara pukul 7.15 malam dan 7.30 malam, 1 Disember tahun lepas.
Sementara itu di mahkamah sesyen berasingan Hakim Irwan Suaibon turut menetapkan tarikh sama sebagai sebutan semula kes bagi dua pertuduhan cubaan bunuh yang dihadapi pengawal itu di hadapan hakim berkenaan.
Irwan turut menetapkan tarikh sama selepas Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim memaklumkan pihaknya juga belum memperolehi laporan perubatan mangsa dan laporan kimia.
Ja'afar berdepan dua pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, di dada kiri dan Puah Bee Joo, 32, di bahu pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi setiap kesalahan itu yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017

Tertuduh Ja'afar Halid, 37, berdepan tiga pertuduhan cubaan membunuh dengan menembak K. Arivani, 33, di kepala, Nurul Huda Ab Aziz, 38, di bahu dan Lee Hong Boon, 56, di dada kiri. - Gambar fail

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.