KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga tempatan berhubung insiden seorang pelanggan dipukul sekumpulan penghantar makanan di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata mereka yang ditahan ialah lima penghantar makanan dan pelanggan itu yang berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada penghantar makanan berusia 19 tahun yang tidak berpuas hati dengan seorang pelanggan yang didakwa telah menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.
"Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan itu dan menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan sekumpulan penghantar makanan lain yang seterusnya pergi ke rumah pelanggan berkenaan.
"Pelanggan yang berumur 29 tahun telah dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan tersebut (sehingga mengalami kecederaan) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Mohamad Fakhruddin berkata pihaknya telah menahan keenam-enam individu dan masih mengesan suspek lain yang masih bebas.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 kanun sama kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang- undang.
Beliau menasihati masyarakat agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa sehingga boleh menggugat ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.
"Sekali lagi masyarakat diingatkan agar tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Polis Daerah Petaling Jaya telah menahan keenam-enam individu dan masih mengesan suspek lain yang masih bebas. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pukul pelanggan dengan buluh, peniaga lemang didenda RM500
Seorang peniaga lemang didenda RM500 atas pertuduhan memukul pelanggannya selepas dikatakan tidak berpuas hati dituduh menjual juadah mentah.

Berang lemang dicampak, penjual cederakan pesara tentera
Gara-gara berang lemang yang dijual dicampak pelanggan, seorang peniaga lemang di Bukit Beruang, di Melaka bertindak mencederakan individu itu menggunakan buluh lemang.

Kes pukul di kedai serbaneka: Polis panggil empat individu
Polis mengesan individu terlibat sebaik sahaja kejadian tersebut tular menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok.

Kes pukul pelanggan: Polis tahan enam lelaki
Mereka yang ditahan ialah lima penghantar makanan dan pelanggan itu, berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun.

Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini
Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya jam 9 pagi ini atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.