IPOH: Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Nilawati Isha mengesahkan bahawa terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed di sini pada Rabu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.
"Daripada pemeriksaan, saya mendapati berlaku koyakan baharu pada selaput dara, juga terdapat kesan geseran iaitu kesan kemerahan, juga di bahagian paling bawah pada kemaluan," katanya.
Beliau berkata, koyakan pada selaput dara boleh disebabkan oleh kemasukan objek tumpul atau organ seperti kemaluan lelaki dan jari manakala koyakan baharu bermaksud ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 72 jam ketika mangsa diperiksa.
BACA: Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
BACA: Kes rogol Paul Yong: Saksi tak dengar pihak lain bersama mangsa ketika aduan
Katanya pemeriksaan itu dilakukan pada 12.30 tengah malam 9 Julai 2019 manakala kejadian rogol didakwa berlaku pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam.
Dr Nilawati turut memaklumkan kesan koyakan dan geseran pada kemaluan mangsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.
Beliau juga bersetuju berdasarkan sejarah warga Indonesia berusia 24 tahun itu, mangsa pernah melakukan seks dengan teman lelakinya pada 2018 semasa disoal balas oleh peguam Salim Bashir yang mewakili Paul Yong.
Peguam itu kemudian mencadangkan bahawa koyakan juga boleh berlaku akibat masturbasi dan saksi tersebut bersetuju.
Paul Yong, 51, yang didakwa merogol mangsa di kediamannya di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan.
- Bernama
Bernama
Wed Apr 07 2021
Paul Yong, yang didakwa merogol mangsa di kediamannya di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019. - Gambar fail/ Bernama
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
Banjir: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini
Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kes rogol.
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.
Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Nasib Paul Yong diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi.
29 Jun tarikh keputusan kes dakwaan rogol pembantu rumah Paul Yong
Sama ada Paul Yong Choo Keong didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya.
Paul Yong dakwa wujud muslihat politik
ADUN Tronoh, Paul Yong turut mendakwa, terdapat juga usaha untuk menjatuhkan seorang lagi Exco yang dikaitkan dengan kes rasuah.
Keputusan kes Paul Yong didakwa rogol pembantu rumah diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 10 pagi.
Keputusan kes ADUN Tronoh didakwa rogol pembantu rumah 7 Disember
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.