BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Pengarah JIM Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, pihaknya memberi tumpuan di sepuluh laluan pintu masuk di negeri ini iaitu dua laluan udara, dua darat di Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra di Durian Burung serta enam laluan laut di Langkawi.
Beliau berkata, rentetan dari insiden tembakan yang berlaku itu, pihak JIM Kedah mengambil tindakan proaktif dan cuba mendapatkan identiti suspek dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kita sudah pun memaklumkan kepada pegawai kami di lapangan termasuk di Bukit Kayu Hitam ini dan setakat ini kita sudah mempunyai identiti suspek.
"Jika suspek dikesan melalui kaunter JIM di sini, kami boleh menahan suspek dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Selain itu, kita sudah pun memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian ini dan jika ada sebarang tangkapan boleh memaklumkan kepada pihak kita di sini," katanya ketika ditemui di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Keselamatan (ICQS), di sini pada Isnin.
Mohd Ridzzuan berkata, pihaknya sudah berkomunikasi dengan pihak Polis Kedah dan pada masa sama sudah melakukan pemeriksaan dengan pihak Ibu Pejabat JIM berkaitan pergerakan keluar masuk suspek, Hafizul Hawari, 38.
Beliau berkata, penting bagi pihaknya melakukan pemeriksaan keluar masuk suspek dari negara ini menggunakan pasport antarabangsa berbanding MyKad kerana ia tidak banyak membantu.
"Dengan keadaan ini, kita sudah pun mempunyai nombor pasport suspek membolehkan pihak kami membuat kawalan lebih cepat dan tindakan susulan diambil.
“Hasil semakan kita mendapati, pergerakan suspek kali terakhir pada Februari lalu melalui Bukit Kayu Hitam ke negara jiran untuk menguruskan umrah dari sana jadi kami mengandaikan pasport suspek laku masih sah selain mungkin agak panjang dari segi tarikh luput.
"Jadi saya melihat satu keadaan mungkin dalam kes tembakan dalam konteks PDRM adalah kes yang serius,” katanya.
Tambahnya, pihaknya juga bersedia daripada semua aspek termasuk kemungkinan suspek menggunakan pasport palsu dengan melakukan saringan pemeriksaan berdasarkan pasport, biometrik dan visual.
Dalam kejadian awal pagi Ahad, suspek dipercayai mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di KLIA 1, Sepang, Selangor.
Ketika kejadian, isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.
Suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena seorang pengawal peribadi sehingga cedera parah.
Suspek turut mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan satu kes mengikut Seksyen 380/170 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menyamar sebagai penjawat awam.
Mangsa iaitu isteri suspek sebelum ini membuat dua laporan di bawah Seksyen 506 pada 2016 dan 2023.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 15 2024

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain melakukan pemeriksaan dokumen (pasport) di pintu masuk ICQS Bukit Kayu Hitam hari ini. - Foto Astro AWANI
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Insiden tembakan KLIA: Anak-anak tidak sabar jumpa bapa - Isteri
Dua anak kepada pengawal peribadi yang cedera parah akibat terkena tembakan dalam insiden di KLIA, sudah tidak sabar untuk bertemu bapa mereka.

Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga
Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini sudah sedarkan diri.

Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.

Tembakan di KLIA: Polis Perlis laksana SJR, elak suspek lolos
Kawalan sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Perlis dipertingkat bagi mengelakkan suspek insiden tembakan di KLIA melarikan diri ke negara jiran.