KUALA LUMPUR: Jumlah kes pesakit tibi atau batuk kering masih tinggi di negara ini walaupun pelbagai rawatan diperkenalkan dan peningkatan pengesanan kes telah dijalankan, kata pakar perubatan respiratori.
Dr Zamzurina Abu Bakar dari Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, yang melahirkan kebimbangannya mengenai trend itu berkata walaupun statistik kes tibi di Malaysia pada tahun lepas merekodkan 23,644 iaitu menunjukkan pengurangan berbanding 2019 lebih 26,000 kes, namun ia harus dibendung segera.
Menurutnya anggapan orang ramai bahawa tibi itu sekadar batuk biasa adalah kurang tepat kerana penyakit itu adalah jangkitan bakteria yang boleh berjangkit melalui udara dengan ‘seorang pesakit tibi boleh menjangkiti 10 orang’.
“Jika seorang pesakit tibi, terutama tibi paru-paru atau tibi larinks bercakap, ketawa, menyanyi, bersin atau batuk, (pesakit) boleh sebarkan kuman melalui udara.
“Dan apabila orang kedua datang, kuman tibi itu boleh disedut oleh paru-paru orang yang kedua itu dan seterusnya dijangkiti kuman tibi,” katanya kepada Bernama.
Dr Zamzurina berkata demikian bagi mengulas usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut sempena Hari Tibi yang disambut di seluruh dunia pada 24 Mac setiap tahun sebagai memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882.
Menurutnya antara simptom tibi ialah batuk lebih dua minggu atau lebih lama, demam biasa pada waktu petang dan malam hingga awal pagi, sejuk dan berpeluh pada waktu malam, hilang selera makan dan kurang berat badan.
Katanya bukan mudah untuk membunuh kuman tibi, pesakit memerlukan rawatan minimum enam bulan.
Menurut Dr Zamzurina bagi kebanyakan pesakit tibi, pengesanan dibuat melalui x-ray di bahagian atas paru-paru, di mana boleh dilihat terdapat berjuta kuman tibi memenuhi ruang kosong tersebut.
“Golongan yang berisiko tinggi adalah mereka yang tinggal di kawasan yang sempit dan sesak serta mereka yang mempunyai imunisasi yang kurang,” katanya.
Dr Zamzurina berkata mereka yang mempunyai kurang imunisasi terdiri daripada pesakit HIV, kanser, perokok dan juga mereka yang mengambil pelbagai ubatan seperti pesakit autoimun serta pesakit diabetes.
Beliau juga berkata masih terdapat kes tibi yang tidak dapat dikesan di negara ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan perlunya mengurangkan kes tibi secara global untuk menghapuskan penyakit respitori itu menjelang 2030.
“Tibi boleh disembuhkan dan kalau kita dapat rawatan, selalunya kita akan selamat dan tidak dijangkiti tibi semula, tetapi kadang-kadang kita akan dapat jangkitan sekali lagi daripada orang lain,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Antara simptom tibi ialah batuk lebih dua minggu atau lebih lama, demam biasa pada waktu petang dan malam hingga awal pagi, sejuk dan berpeluh pada waktu malam, hilang selera makan dan kurang berat badan. - Gambar hiasan
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi.
Tahanan lelaki meninggal dunia di Kuantan kerana Tibi - Bukit Aman
OKT disahkan mengidap penyakit Tuberkulosis (Tibi) hasil bedah siasat yang dijalankan.
Penularan kes tibi di Malaysia menurun
Penting pesakit mendapatkan rawatan awal bagi mengelak komplikasi dan kematian serta mencegah penularan.
Penghidap tibi dihukum penjara dan sebatan kerana menculik dan mencabul
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap G.Jagajasen, selepas dia mengaku bersalah.