KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas seorang remaja berusia 15 tahun yang didakwa membunuh anak yang baru dilahirkannya kepada pertuduhan lain.
Jabatan Peguam Negara menegaskan, ia boleh dilakukan setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas remaja itu.
Menurutnya, maklumat mengenai kejadian rogol ke atas dirinya hanya diketahui selepas remaja itu ditahan pada 8 Februari lalu dan laporan polis dibuat pada hari yang sama.
"Susulan daripada laporan polis itu satu kertas siasatan dibuka dan siasatan masih dijalankan.
"Pertuduhan ke atas kanak-kanak tersebut adalah satu proses keadilan jenayah yang telus tanpa dipengaruhi oleh apa-apa dorongan dan berasaskan kepada keterangan semata-mata," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Jabatan Peguam Negara menambah pada ketika ini, remaja yang dituduh ini akan diadili melalui proses
keadilan mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memandangkan orang yang dituduh itu adalah seorang kanak-kanak seperti mana takrifan di bawah Akta 611 dan jika disabitkan kanak-kanak ini akan diperintahkan untuk ditahan di bawah Seksyen 97(2) Akta 611.
Menurut kenyataan itu, sebelum ini, Pejabat Pengarah Pendakwaan Terengganu telah membuat penelitian ke atas hasil siasatan yang dikemukakan dan memberi kebenaran untuk pertuduhan ke atas remaja yang berumur 14 tahun 11 bulan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kematian bayi yang dilahirkan itu.
"Pertuduhan itu dibuat berasaskan keterangan saksi-saksi dan dokumentasi serta keterangan pegawai forensik dan pengesahan pakar patologi bahawa bayi yang mati itu berumur antara 38 hingga 40 minggu dengan berat 2.49 kilogram semasa dilahirkan dengan tali pusat telah dipotong dengan benda tajam dan terdapat kecederaan lain termasuk satu tikaman pada bahagian badan bayi tersebut," jelasnya.
Dalam laporan polis yang dibuat seorang pegawai perubatan kira-kira pukul 9 pagi 8 Februari lalu dia memaklumkan ketika sedang bertugas di Klinik Kesihatan Seri Bandi, Kemaman, Terengganu didatangi seorang individu dipercayai rakan remaja yang memaklumkan staf di kaunter mengenai satu kes bersalin di rumah.
BACA: Isu tikam bayi: KPWKM beri intervensi bersesuaian
BACA: Tikam bayi hingga maut: Ibu muda 15 tahun didakwa membunuh
Kira-kira 10 minit kemudian, pengadu bersama pasukannya ke lokasi dan terlihat remaja itu sedang memegang bayi berhampiran sinki dapur dan mendapati tali pusat bayi telah dipotong dengan menggunakan benda tajam.
Pada Selasa lalu, remaja perempuan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman Terengganu atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya, minggu lalu.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Umavathi Ramayah
Fri Feb 18 2022

Jabatan Peguam Negara menegaskan, ia boleh dilakukan setelah mengambil kira perkembangan tambahan termasuk hasil siasatan kejadian rogol ke atas remaja itu. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan.

Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.

Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.

Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.

Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.