KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 Julai ini sebagai tarikh untuk mendengar permohonan kebenaran merayu ibu tunggal Loh Siew Hong bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menjadi pencelah dalam prosiding penceraian wanita berkenaan.
Peguam Danial Farhan Zainul Rijal, ketika dihubungi, berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Rosidah Roslee, yang turut disertai peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh.
Loh, 36, memfailkan permohonan kebenaran merayu bulan lalu bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan MAIPs dijadikan responden kedua dalam petisyen penceraiannya dengan suami, Muhammad Nagahswaran Muniandy, membabitkan perintah hak penjagaan yang diberikan kepada ibu tunggal itu ke atas tiga anaknya.
Dalam petisyen perceraian itu, Loh telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal bagi tiga anaknya iaitu pasangan kembar perempuan berusia15 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Pada 7 Feb lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan berdasarkan dua peruntukan iaitu Aturan 15 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Seksyen 96 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, ia memberikan MAIPs hak undang-undang untuk mencelah.
Pada 15 Jun 2022, Mahkamah Tinggi, di sini, menolak permohonan MAIPs untuk menjadi pencelah dalam prosiding perceraian pasangan itu bagi meminda perintah penjagaan anak pasangan itu yang diberikan kepada Loh untuk membolehkannya menyediakan pendidikan dan latihan yang Islamik serta zakat kepada ketiga-tiga kanak-kanak yang turut memeluk agama Islam bersama bapa mereka.
Pada 21 Feb 2022, tiga beradik itu yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diserahkan kepada Loh selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
Loh juga memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penukaran agama anaknya kepada agama Islam yang didakwa dilakukan oleh bekas suaminya tanpa persetujuan beliau.
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei ini untuk keputusan.
Semalam, Muhammad Nagahswaran, yang didakwa melarikan tiga anaknya dan mendaftarkan mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran bekas isterinya, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi, di sini, kerana menghina mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Rosidah Roslee, yang turut disertai peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.

Kes tukar agama: Permohonan kebenaran merayu ibu tunggal didengar 6 Julai
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Rosidah Roslee, yang turut disertai peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh.

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif kes tukar agama
Mahkamah Rayuan memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan Mahkamah Syariah.