KOTA BHARU: Tunang kepada mangsa kemalangan lori balak, Nik Amnan Arif Nik Anuar, 22, menafikan Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, telah meninggal dunia serta mengandung sebagaimana yang tular serta dilaporkan di media sosial.
Menurutnya, tunangannya itu kini ditidurkan dan masih dalam pemantauan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dekat sini.
"Saya sangat terkilan dengan apa yang dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan Siti Norelyana.
"Dia tidak mengandung malah masih lagi hidup," katanya dengan nada sedih ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, ketika ini mereka sekeluarga sedang menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer kali kedua yang dilakukan di HRPZII.
Nik Amnan Arif memohon kepada orang ramai untuk mendoakan semoga Siti Norelyana cepat sedar dan pulih seperti sedia kala.
Wanita terbabit dilaporkan mengalami patah tulang punggung dan tulang rusuk serta kecederaan serius pada hati, limpa dan hempedu serta usus.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata, 'turn-table' patah menjadi punca kepada sebuah lori yang membawa muatan balak terbalik lalu menghempap motosikal yang ditunggangi wanita terbabit.
Pada masa sama kayu balak itu turut mengenai sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berhenti di persimpangan itu semasa lampu isyarat merah.
Ia berdasarkan maklumat siasatan awal yang diperoleh, bagaimanapun pemandu treler dan kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 10 2024
Keadaan motosikal mangsa yang dihempap balak yang terjatuh selepas lori membawa muatan itu terbalik di Gua Musang, semalam. - Gambar fail/ Ihsan pembaca
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Kes wanita dihempap balak: Mangsa ditidurkan, tidak mengandung
Penunggang motosikal dihempap balak di Gua Musang masih dirawat di hospital, dan tunangnya menafikan wanita itu mengandung seperti berita yang tular.