KUALA LUMPUR: Saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak beroperasi di alamat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Perkara itu didedahkan oleh Penolong Kanan Penguasa Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khairuddin Kilau, 44, ketika sesi soalan tambahan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt ke atas saksi terakhir kes melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi itu.
Jelas saksi ke 99 itu dia ke lokasi yang didaftarkan di SSM bagi tujuan untuk menjalankan siasatan dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan Yayasan Akalbudi termasuk laporan mesyuarat dan audit tahunan.
Sebelum ini, Yayasan Akalbudi dilaporkan didaftarkan di alamat Jalan Raja Abdullah, di sini.
“Tiada apa-apa dokumen ditemui (di lokasi berkenaan) kerana pejabat di alamat yang berdaftar tidak ada Yayasan Alkalbudi di situ.
“Hasil semakan di alamat berdaftar tersebut Yayasan Akalbudi tidak pernah beroperasi di alamat yang didaftarkan,” katanya memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada Khairuddin ada mengunjungi lokasi selain SSM dan Lewis & Co bagi mendapatkan dokumen-dokumen penting berkaitan Yayasan Akalbudi.
Sebelum itu, Khairuddin dalam penyataan bertulis memaklumkan telah membuat rampasan fail Yayasan Akalbudi yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan daripada setiausaha syarikat Lewis & Co, Mahinder Kaur Teja Singh.
Bagaimanapun, Khairuddin gagal mendapatkan laporan tahunan dan audit tahunan Yayasan Akalbudi ketika rampasan tersebut, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk ke alamat yang didaftarkan.
“Saya ada buat pertanyaan berkaitan dokumen-dokumen tersebut. Beliau (Mahinder) menyatakan tidak menyimpan dokumen tersebut dan tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menyediakan laporan audit.
“(Mahinder memaklumkan) Tidak menerima arahan daripada pihak pengurusan Akalbudi untuk mengadakan mesyuarat atau menyediakan laporan audit,” jelasnya lagi.
Perbicaraan yang memasuki hari ke-52 hari ini berlangsung di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.
Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala pembelaan diketuai oleh peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 18 2021

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) meninggalkan Mahkamah Tinggi selepas perbicaraan kesnya hari ini. - Foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.