KUALA LUMPUR: Ada keperluan untuk meletakkan kaum suri rumah atau golongan wanita yang memilih untuk menjaga ahli keluarga seperti ibu bapa, warga emas, atau orang kurang upaya, dalam kategori mereka yang bekerja.
Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sumbangan dan tanggungjawab golongan itu kepada pembangunan masyarakat juga tinggi.
Katanya lagi, meletakkan golongan tersebut dalam kategori wanita bekerja dapat melonjakkan kedudukan negara dalam indeks global berkaitan kesaksamaan gender.
“Ramai wanita mengambil peranan sebagai ibu, sebagai anak jaga orang tua, mungkin anak itu OKU dan sebagainya.
"Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja, tetapi duduk di rumah dan sekarang ini duduk di rumah juga keadaan sudah berubah.
“Mereka boleh jana pendapatan dengan kerja online sebagai contoh dan juga menyumbang kepada negara.
"Gunakan platform ini untuk Jabatan Perangkawan, semua kementerian pembuat dasar, penggubal dasar … macam statistik yang berubah itu boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi peranan wanita yang mungkin meletakkan kita di kedudukan lebih baik,” kata Rohani.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panelis Forum Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender: Memperkasa Suara Wanita Dan Kanak-Kanak Perempuan Bagi Membuka Peluang Dunia Tanpa Batas, di sini, hari ini.
Sebelum ini Laporan Jurang Gender Global 2022 (Global Gender Gap Report 2022) telah meletakkan Malaysia di tangga ke-103 daripada 146 negara bagi aspek merapatkan kesaksamaan gender.
Menurut Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan penglibatan wanita dalam kelompok pembuat keputusan yang rendah telah mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam laporan tersebut.
Turut menjadi panelis ialah Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Mohd Uzir; wakil UNFPA Malaysia, Tengku Aira Tengku Razif; dan Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM, Elya Nabila Abdul Bahri.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam ucapan perasmian melalui tayangan video berkata, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki dalam usaha mencapai kesaksamaan gender dan memperkasa wanita.
“Pelbagai inisiatif diperkenalkan dengan hasrat untuk merapatkan jurang pencapaian antara gender.
"Antara inisiatif terbaharu dilaksanakan adalah – KPWKM telah menguatkuasakan akta antigangguan seksual 2022 bagi memastikan golongan wanita di negara ini terus diperkasa.
“Di peringkat kementerian, kami akan terus berusaha meningkatkan program advokasi dengan kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan setiap dasar, perundangan, program dan bajet kerajaan tidak mempunyai unsur diskriminasi ke atas wanita,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 15 2023

ROHANI: Statistik yang berubah itu boleh digunakan untuk menyerlahkan lagi peranan wanita yang mungkin meletakkan kita di kedudukan lebih baik. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Malaysia catat peratus perancang keluarga tidak dipenuhi agak tinggi
Malaysia mencatatkan jumlah keperluan perancang keluarga tidak dipenuhi yang agak tinggi iaitu sekitar 26.7 peratus pada 2022.

Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani
Meletakkan golongan tersebut dalam kategori wanita bekerja dapat melonjakkan kedudukan negara dalam indeks global berkaitan kesaksamaan gender.

PRU15: Shafizan gementar isi 'kasut besar' Rohani
Mohd Shafizan Kepli tidak menyangka bahawa satu panggilan ke telefon bimbitnya pada 30 Oktober lalu telah mengubah hidupnya.

APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim
Suruhanjaya itu akan berperanan sebagai badan pengawasan bebas untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim.

Kerajaan digesa segerakan pembentangan RUU gangguan seksual
Beberapa Ahli Parlimen menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak
Pelantikan tiga Anak Sarawak dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 sebagai satu penghormatan buat Sarawak dan juga satu tanggungjawab besar untuk negara.

Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tiada lagi kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak - Timbalan Menteri
Petronas dan kerajaan negeri Sarawak sepakat menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung kutipan cukai jualan negeri (SST) bagi produk petroleum.

Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos
Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat
Rohani Abdul berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri.