KUALA LUMPUR: Kesalahan membabitkan penunggang motosikal mencatatkan penurunan sepanjang empat hari penguatkuasaan Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina berbanding tempoh sama tahun lepas
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata penurunan yang besar melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.
Beliau berkata sepanjang empat hari operasi, sebanyak 236 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen memandu berbanding 1,130 dalam tempoh sama tahun lepas.
Sementara itu, 251 saman dikeluarkan kerana lesen kenderaan motor tamat tempoh berbanding 1,214 pada tahun lepas.
"Penurunan ini menunjukkan penunggang motosikal di Kuala Lumpur telah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap undang-undang jalan raya dan ia layak dipuji," katanya dalam sidang media selepas meninjau Op Khas Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi di sini malam tadi.
Mengulas mengenai operasi malam tadi, Mohd Zaki berkata pihaknya mengeluarkan 164 saman atas pelbagai kesalahan serta masing-masing empat notis melibatkan sitaan, arah periksa dan larangan penggunaan kenderaan.
"Operasi malam ini melibatkan anggota JPJ Kuala Lumpur bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Imigresen melibatkan jumlah keseluruhan 93 anggota," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Penurunan yang besar melibatkan kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Op Khas Tahun Baharu: JPJ periksa lebih 12,000 kenderaan di enam negeri
Lebih 12,000 kenderaan diperiksa dalam operasi tahun baharu yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan melibatkan ibu negara dan Putrajaya, Selangor, P

Op Khas Motosikal: JPJ Selangor keluarkan lebih 3,800 notis
JPJ Selangor mengeluarkan sebanyak 3,855 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.

Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.

Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.

JPJ keluar 129 saman, sita 13 motosikal
Sebanyak 129 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 13 motosikal disita dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Op Khas Motosikal: JPJ keluarkan 33,092 notis kesalahan
JPJ telah mengeluarkan 33,092 notis pelbagai kesalahan manakala 1,516 buah motosikal disita sepanjang tempoh tujuh hari Op Khas Motosikal.

Kesalahan libat penunggang motosikal menurun sepanjang Op Khas
Kesalahan membabitkan penunggang motosikal mencatatkan penurunan sepanjang empat hari penguatkuasaan Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ops Khas Motosikal: 200 individu termasuk remaja ditahan
Sekurang-kurangnya 200 individu termasuk remaja ditahan dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Tun Razak di sini pada pagi Ahad.

JPJ tingkat penguatkuasaan di Terowong Menora, Gua Tempurung
Anggota JPJ juga melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres bagi mengesan pemandu yang gagal mematuhi peraturan.