Jabatan Perikanan Malaysia mendedahkan hasil kajian terbaharu yang menunjukkan kesan pencemaran logam dalam ikan hasil daripada aktiviti bauksit adalah rendah.
Kajian dilakukan tertumpu di perairan yang terlibat di sekitar Kuantan, Pahang di samping menilai kesan pencemaran bauksit terhadap sumber perikanan dan ekosistem akuatik.
Ia sebagai lanjutan kepada kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan Jabatan Perikanan Malaysia pada Februari tahun lalu, yang telah menunjukkan pencemaran logam dalam ikan adalah rendah dengan kepekatan di bawah paras maksimum yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1985.
Berikut kenyataan penuh oleh Jabatan Perikanan Malaysia:
KENYATAAN MEDIA JABATAN PERIKANAN MALAYSIA HASIL KAJIAN PENCEMARAN LOGAM DALAM IKAN DARI AKTIVITI PERLOMBONGAN BAUKSIT ADALAH RENDAH
1. Kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan Jabatan Perikanan Malaysia pada bulan Februari 2016, telah menunjukkan pencemaran logam dalam ikan hasil dari aktiviti perlombongan bauksit adalah rendah dengan kepekatan di bawah paras maksimum yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1985.
2. Pada hujung tahun 2015, kes pencemaran bijih bauksit di Sungai Balok dan Sungai Penggorak, Kuantan, Pahang telah tersebar di media. Air laut di kawasan tersebut juga dilaporkan telah bertukar warna menjadi merah disebabkan oleh bijih bauksit yang dibawa oleh air hujan semasa musim tengkujuh.
3. Bahagian Pentaksiran Impak, Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung Pulau Pinang (FRI Batu Maung) telah membuat pemerhatian dan kajian lanjutan mengenai tahap pencemaran bauksit di perairan yang terlibat di sekitar Kuantan, Pahang di samping kesan pencemaran bauksit terhadap sumber perikanan dan ekosistem akuatik. Ini bagi menilai sama ada perlombongan bauksit di Kuantan Pahang 2 memberikan impak negatif kepada sumber dan ekosistem perikanan.
4. Kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidikan Jabatan Perikanan Malaysia pada bulan Februari 2016, telah menunjukkan pencemaran logam dalam ikan hasil dari aktiviti perlombongan bauksit adalah rendah dengan kepekatan di bawah paras maksimum yang dibenarkan seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1985.
5. Logam yang diperiksa termasuklah aluminium, besi, manganese, magnesium, zink , kadmium, kromium, lead, merkuri, copper, arsenik dan selenium. Sejumlah 25 spesies ikan (64 spesimen) telah diambil dari sungai-sungai berikut (Sg. Balok; Sg Penggorak; Sg Riau; Sg Mabuk; Sg Padan; Empangan Kobalt, Kuala Penur dan Tanjong Lumpur).
6. Selain dari memeriksa sampel ikan, sampel-sampel air dan sedimen dari sungai-sungai juga diambil untuk diperiksa kandungan logam di dalamnya. Logam besi dalam sedimen sekitar Sg. Balok dan sungai-sungai berdekatan Bukit Goh menunjukkan adanya pengkayaan logam.
7. Sehubungan itu, pemantauan pencemaran logam dan perubahan dalam biodiversiti komuniti ikan dalam sungaisungai berdekatan Bukit Goh adalah sangat disyorkan.
Astro Awani
Mon Jan 23 2017
Selain dari memeriksa sampel ikan, sampel-sampel air dan sedimen dari sungai-sungai juga diambil untuk diperiksa kandungan logam di dalamnya. - Gambar hiasan/Bernama
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Lynas nafi ada kaitan dengan video tongkang muatan bauksit tenggelam
Kejadian itu bukannya berlaku di Malaysia dan bahan yang terkandung dalam tongkang itu adalah bijih nikel, dan bukan bauksit.
Bauksit: Cari 'kelompongan' dalam SOP baharu sepanjang tempoh percubaan
Tempoh percubaan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mencari jika masih ada 'kelompongan' yang perlu dibaiki.
Pahang mungkin jadi tapak pelupusan sisa Lynas - Dr Mahathir
Pahang mungkin dipilih menjadi lokasi tempat pembuangan sisa Lynas jika ia diputuskan selamat oleh pakar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jumlah pembuangan pekerja menerusi skim VSS antara isu Dewan Rakyat hari ini
Datuk Seri Mustapa Mohamed mahukan penjelasan daripada Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran tentang peluang pekerjaan yang disediakan kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.
Nasib peneroka terlibat perlombongan bauksit jadi persoalan
Kebanyakan peneroka mahukan kerajaan membenarkan semula aktiviti tersebut diteruskan dalam tempoh terdekat.
Bauksit: Penduduk harap mimpi buruk tidak berulang dengan SOP baharu
Kerungsingan berkaitan debu merah juga menyelubungi peniaga kerana kedai makan yang diusahakan sejak 14 tahun lalu terletak di laluan lori bauksit.
Permaisuri Agong tunjuk bakat reka corak baju guna bauksit
Jika dua hari lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit, har
Saya ada tenun 'bauksit' - Permaisuri Agong
Tunku Azizah bertitah kain tersebut 'diilhamkan' apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya baginda terlibat dalam perlombongan bauksit.
Pengusaha bauksit mahu kerajaan tarik balik moratorium
20 pelombong berdaftar di bawah PPMNP berharap kerajaan dapat membuat pertimbangan memandangkan banyak pihak dalam industri itu menanggung kerugian.