KUALA LUMPUR: Faktor keselamatan dan keselesaan pengguna antara sebab utama kerajaan memutuskan untuk menukar kereta rasmi menteri daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire.
Selain itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, faktor lain ialah Proton tidak lagi mengeluarkan model tersebut di samping mengambil kira kos pembaikan dan penyelenggaraan.
Menurutnya, keputusan untuk menggantikan kenderaan itu dibuat pada Disember 2020 dan pada waktu itu, penggantian harus dilakukan kerana kenderaan digunakan telah tamat tempoh pajakan.
“Kereta anggota pentadbiran kerajaan telah tamat pajakan dan perlu diingatkan (penggantian perlu dilakukan) memandangkan ia melibatkan soal keselamatan dan keselesaan pengguna, di samping kos pembaikan.
“Selain itu penyelenggaraan akan menjadi tinggi dan ketersediaan alat ganti pun makin berkurang sebab kereta itu (Proton Perdana) tidak dibuat lagi.
“Ia akan menjejaskan kelancaran penyelenggaraan anggota pentadbiran,” katanya pada sesi penggulungan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) yang bertanya keputusan kerajaan menukar kenderaan rasmi seperti diumumkan baru-baru ini.
Tambah Tengku Zafrul, kerajaan ambil maklum bahawa kenderaan tempatan perlu diberi keutamaan untuk kegunaan anggota pentadbiran.
Begitupun, katanya, Proton sendiri secara rasmi memberitahu kementerian tersebut pada dua tahun lepas bahawa mereka tidak lagi mengeluarkan model berkenaan.
BACA: Kenderaan rasmi menteri ditukar ke Vellfire 2.5L - MoF
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Kementerian Kewangan mengumumkan pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Menteri-menteri Persekutuan dari Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan keputusan pertukaran KRJ ini dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan Toyota Vellfire 2.5 lebih rendah berbanding Proton Perdana 2.4 Premium.
Menerusi jadual sewaan yang disertakan, kadar sewaan Toyota Vellfire 2.5 adalah RM4,851.61 sebulan berbanding RM4,854.41.
Ridauddin Daud
Thu Nov 18 2021

Persoalan dibangkitkan Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) yang bertanya keputusan kerajaan menukar kenderaan rasmi seperti diumumkan baru-baru ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembangkang persoal 'keikhlasan' kerajaan laksana komitmen COP26
Bee Yin dan Kian Ming gesa kerajaan segera meluluskan Akta Perubahan Iklim sebagai bukti melaksanakan komitmen yang dibuat di Glasgow.

Keselamatan, keselesaan antara faktor tukar Perdana ke Vellfire - Tengku Zafrul
Faktor lain ialah Proton tidak lagi mengeluarkan model tersebut di samping mengambil kira kos pembaikan dan penyelenggaraan.

Lamborghini rempuh Proton Perdana hingga terbalik
Sebuah kereta mewah Lamborghini dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun hilang kawalan lalu merempuh sebuah Proton Perdana sehingga terbalik di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang pagi Rabu.

Proton gesa pemilik Perdana 2012 - 2018 tukar beg udara
Proton Holdings Bhd (Proton) memohon kerjasama pemilik kereta Perdana yang dibina pada 2012-2018 untuk menukar beg udara Takata di pusat servis berhampirannya dengan seberapa segera.

Proton Perdana kekal kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri
Proton Perdana kekal sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Dua maut, dua cedera kemalangan libatkan enam kenderaan
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Rosmah tiba di SPRM buat kali ketiga
Rosmah tiba jam 10.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana dan diiringi beberapa individu.

Wan Azizah dan Anwar tidak satu kereta ke majlis sama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak satu kereta ke Majlis Iftar Perdana Bersama TPM hari ini.

Era campur tangan Tun Mahathir dalam Proton kini berakhir - Najib
Katanya, terlalu banyak campur tangan politik termasuk dalam urusan kakitangan dan model perniagaan sewaktu Tun Mahathir memegang jawatan Pengerusi.

Kes pembunuhan Morais: Seorang lagi suspek direman tujuh hari bermula hari ini
Seorang lagi suspek lelaki tempatan yang terlibat dalam kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais ditahan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.