KUALA LUMPUR: Gambar kesesakan di Plaza Tol Gombak dekat sini, kononnya kerana berlaku pergerakan rentas negeri sempena sambutan Aidiladha Selasa ini merupakan gambar lama yang sengaja ditularkan kembali.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata hasil pemantauan mendapati kesesakan kenderaan kira-kira 700 hingga 800 meter itu adalah perkara biasa susulan pemeriksaan secara ketat dan teliti anggota polis terhadap pengguna yang melalui sekatan jalan raya (SJR).
"Hasil pemeriksaan mendapati majoriti pengguna mempunyai alasan dan surat kebenaran seperti vaksinasi, trak yang membawa makanan dan urusan dibenarkan polis," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di SJR Plaza Tol Gombak hari ini.
Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang ingkar arahan rentas negeri.
Justeru, Zainal Mohamed menasihatkan orang ramai supaya menghentikan tindakan memuat naik gambar atau video kesesakan di plaza tol berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran rakyat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias ketika dihubungi Bernama berkata aliran trafik di semua lebuh raya dan jalan raya utama lancar serta terkawal setakat 1 tengah hari tadi.
Menurutnya, arahan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berhubung polis tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai hari ini hingga Rabu depan untuk pergerakan rentas negeri turut membantu mengurangkan aliran trafik.
Bernama
Sun Jul 18 2021
Polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang ingkar arahan rentas negeri termasuk melalui Plaza Tol Gombak. - Gambar fail
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
Op Khas Trafik: 28 saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan
28 notis saman dikeluarkan terhadap 28 pemilik kenderaan di atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Trafik Samseng Jalanan pagi ini.
Aliran trafik di pintu masuk Kelantan mula sesak
Tinjauan setakat 12 tengah hari di laluan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis mendapati bilangan kenderaan menghala ke kedua-dua laluan semakin bertambah.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan
Aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.
PRN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pagi ini
Aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas terkawal.
PRN : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar dan tiada sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan, menjelang hari mengundi pada Sabtu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini
Trafik mula perlahan sebelum Plaza Tol Gombak dari arah Batu Caves dan bilangan kenderaan dijangka bertambah menjelang tengah hari.
Aliran trafik mulai sesak di Plaza Tol Gombak setakat 11 pagi ini
LLM berkata aliran trafik tinggi arah Timur dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi.
Macam malam raya, 5.6 juta kenderaan banjiri lebuh raya sempena cuti sekolah
Sebanyak 5.6 juta kenderaan membanjiri lebuh raya seluruh negara menyebabkan aliran trafik sesak di beberapa laluan utama sejak Jumaat.
Cuti sekolah: Plaza Tol Gombak sesak
Kesesakan dianggarkan sejauh dua kilometer (km) dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke plaza tol terbabit.
Balik kampung: Beberapa lokasi lebuh raya arah timur sesak
Kenderaan bergerak perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dan kesesakan turut berlaku sejauh dua kilometer selepas Hentian Sebelah Gombak ke Genting Sempah.